Home » JAWATAN KOSONG » Jawatan Kosong UiTM Sarawak

Jawatan Kosong UiTM Sarawak

Berikut adalah Jawatan Kosong UiTM Sarawak untuk diisi oleh semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Sebanyak 14 Jawatan Kosong UiTM Sarawak yang ditawarkan kepada anda. Jawatan Kosong UiTM Sarawak yang 14 tersebut adalah terdiri daripada kekosongan dalam jawatan pentadbiran.

Jawatan Kosong UiTM
  1. Penolong Pendaftar N41
  2. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
  3. Pegawai Psikologi S41
  4. Pustakawan S41
  5. Penolong Pegawai Keselamatan KP27
  6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  7. Pembantu Makmal C17
  8. Penjaga Jentera Elektrik J17
  9. Pembantu Belia & Sukan S17
  10. Pembantu Kesatria S17
  11. Pembantu Perpustakaan S17
  12. Pemandu H11
  13. Pengawal Keselamatan KP11
  14. Pembantu Operasi N11

Untuk Maklumat Lengkap & Memohon Jawatan di tawarkan sila klik pada pautan : Jawatan Kosong UiTM Sarawak

Bermula dengan empat program yang ditawarkan dan pengambilan awal sebanyak 94 orang pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM)Pelajar UiTM Sarawak Kota Samarahan (UiTMKS) telah berjaya mengorak langkah yang lebih jauh. Kini, ia menawarkan 26 program bermula dari peringkat Sijil hingga ke peringkat Doktor Falsafah melalui pelbagai mod pengajaran samada secara sepenuh masa, pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh secara fleksibel (e-PJJ). Jumlah terkini pengambilan pelajar adalah kira-kira 4,000 bagi pelajar sepenuh masa, (80% menginap di hostel) dan 800 pelajar separuh masa.

Anugerah Kualiti Naib CanselorUiTMKS sentiasa meletakkan kualiti sebagai batu asas strateginya. Sehingga kini, UiTM Sarawak telah menggarap beberapa anugerah berprestij termasuklah sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd’s Register Quality Assurance, Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan tahun 2000, Anugerah Kualiti Pentadbiran Akademik tahun 2001 dan Khidmat Pelanggan dan Unit Kualiti Terbaik tahun 2003. Pada tahun 2003 juga, kampus ini sekali lagi memenangi Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan dan sejak itu, UiTM Sarawak telah mengekalkan kemenangannya selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2003 sehingga 2005.

UiTM Sarawak bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan dalam memastikan program-program yang ditawarkan memenuhi pelbagai kehendak dalam pembangunan berterusan yang dilalui oleh pihak kerajaan. UiTM Sarawak juga menawarkan program latihan dan pembangunan, penyelidikan dan khidmat konsultansi kepada sektor awam dan swasta. Terbina di kawasan seluas 350 ekar dengan dikelilingi lanskap hijau yang alami di Bandar Ilmu Kota Samarahan, kampus ini menawarkan suasana pembelajaran yang begitu kondusif kepada para pelajar.

Check Also

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1  

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1

Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1. Permohonan jawatan ini hanya untuk (Lelaki Sahaja) akan dibuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.