idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » SUKAN » JDT dan Kedah layak ke Final Piala Malaysia 2017

JDT dan Kedah layak ke Final Piala Malaysia 2017

Johor Darul Takzim JDT dan Kedah layak ke Final Piala Malaysia 2017. Kedua-dua pasukan ini Johor Darul Takzim dan Kedah masing-masing menewaskan lawan masing-masing di gelanggang sendiri malam tadi. Johor Darul Takzim JDT menewaskan Perak 3-0 di Larkin dan Kedah menewaskan Felda United 2-0 di Alor Setar.

JDT dan Kedah Layak Ke Final Piala Malaysia 2017
JDT dan Kedah Layak Ke Final Piala Malaysia 2017

Sebelum ini pada separuh akhir pertama JDT dan Perak terikat dengan jaringan 1-1 begitu juga dengan Felda United dan Kedah juga terikat 1-1 di Jengka. Kemenangan 3-0 ke atas Perak membolehkan JDT layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dengan agregat 4-1 manakala Kedah pula membenam cabaran Felda United dengan agregat 3-1.

Untuk rekod, ini adalah final atau perlawanan akhir kali ketiga berturut-turut untuk pasukan Kedah. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 akan dijadualkan berlangsung pada 4 November 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Selaku penyandang juara, Kedah turun menentang Felda United dengan memberikan aksi cukup menarik di hadapan penyokong sendiri menerusi beberapa serangan yang mengancam pasukan pelawat walaupun tanpa kehadiran tiga pemain utama namun tonggak import Sandro Da Silva memastikan kemenangan Kedah menerusi jaringan minit ke-71 dan 85.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pula, JDT berjaya mengekang kemaraan The Bos Gaurus dengan dua jaringan oleh Gabriel Guerra pada minit ke-57 dan 80 serta satu jaringan Gabriel Guerra pada minit ke-74.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengulangi pencapaian pada tahun 2014 dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil namun tewas 3-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

JDT bakal bertemu Kedah dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 4 November ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd, Nidzam Adha Yusoff merakamkan tahniah kepada anak-anak buahnya yang berjaya mengikut arahan diberikan sehingga mampu menghasilkan dua jaringan di laman sendiri.

“Pemain bijak mengawal permainan walaupun tanpa pemain utama termasuk perancang Liridon Krasnigi sehingga mampu membuat serangan balas yang menghasilkan gol,” katanya.

Mengenai perlawanan akhir menentang JDT, Mohd. Nidzam berkata, ia sesuatu yang manis kerana permulaan saingan Kedah telah bertemu dengan pasukan itu dalam perlawanan Sumbangsih.

“Jadi, menutup saingan musim ini pula, sekali lagi kami jumpa JDT, sudah tentu ia manis bagi Kedah dan kami akan memberikan aksi terbaik,” katanya. SUMBER

Check Also

 

Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022

Gambar Jersi Pasukan Bola Sepak Malaysia 2020 2022. Selepas setahun tanpa sebarang aksi, Harimau Malaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.