Home » SUKAN » JDT II Menang 1-0 Ke Atas UKM FC

JDT II Menang 1-0 Ke Atas UKM FC

JDT II Menang 1-0 Ke Atas UKM FC di Pasir Gudang. Johor Darul Ta’zim II (JDT II) membawa bekalan tipis selepas menang 1-0 ke atas UKM FC dalam aksi final pertama Piala Cabaran yang berlangsung di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, hari ini.

JDT II Menang 1-0 Ke Atas UKM FC
JDT II Menang 1-0 Ke Atas UKM

Dalam aksi itu, Amirul Hadi Zainal meledak jaringan tunggal permainan pada babak kedua dan sekali gus memastikan skuad JDT II membawa sekurang-kurangnya sedikit bekalan untuk aksi kedua.

JDT II memiliki satu lagi peluang terbaik untuk menambah jaringan namun tandukan Daren Lok pada minit ke-77 hasil sepakan penjuru tersasar jauh.

Pertemuan itu bagaimanapun menyaksikan UKM FC lebih banyak melakukan asakan pada separuh masa kedua namun kekentalan benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu gagal ditembusi skuad kendalian Sulaiman Hussin.

Aksi final kedua akan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Oktober ini.-UTUSAN ONLINE

Check Also

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2019. Keputusan perlawanan separuh akhir bagi 19 Oktober 2019. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.