Home » BERITA » Jerebu Kuning Di KL

Jerebu Kuning Di KL

Jerebu Kuning Di KL
Jerebu Kuning Di KL

Hari ini dua hari setelah sekolah di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur ditutup akibat daripada fenomena jerebu dan juga IPU di beberapa kawasan yang dalam keadaan tidak sihat. Hari ini Malaysia digemparkan pula dengan fenomena Jerebu Kuning Di KL.

Ramai sahabat yang berkongsikan gambar jerebu kuning di KL terutama jerebu kuning yang menutupi mercu tanda Kuala Lumpur iaitu KLCC. Admin ingin kongsikan gambar Jerebu Kuning Di KL untuk anda semua.

Hakikatnya sama ada benar-benar berlakunya jerebu kuning di KL admin pun tidak dapat pastikan kesahihannya tetapi pada dasarnya memang keadaan jerebu buat masa ini kritikal. Jerebu kuning atau asap ini sememangnya berlaku di Indonesia negara jiran kita.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia yang kawasan anda terlibat dengan jerebu harap anda semua jaga kesihatan. Banyakkan minum air masak dan kurangkan aktiviti di kawasan luar terbuka.

Sumber gambar : Google

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.