Baru-baru viral berkenaan dengan produk popular untuk wanita dan bayi iaitu Johnson & Johnson. Keputusan kajian mengenai produk Johnson & Johnson telah diketahui dan produk mereka mempunyai bahan yang boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, ramai pengguna di Malaysia terutama kaum ibu terus membuang produk jenama Johnson & Johnson. Melalui FB Bernama Radio admin ingin kongsikan satu berita mengenai Johnson & Johnson Disaman USD55 Juta.
Firma Johnson & Johnson diarah membayar $55 juta dolar Amerika kepada wanita yang menghidap barah ovari selepas menggunakan produk talkum untuk kebersihan wanita syarikat itu. Keputusan berkenaan adalah kekalahan kedua berturut-turut syarikat berkenaan, yang berhadapan 1,200 saman menuduh ia tidak memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko barah produk berasas talkum keluarannya.
Februari lalu, keluarga seorang wanita yang meninggal dunia akibat barah ovari selepas bertahun-tahun menggunakan bedak talkum bagi tujuan kebersihan wanita itu, mendapat pampasan berjumlah $72 juta dolar daripada Johnson & Johnson.
p/s : Gunakanlah produk lain ya ?