Home » INFORMASI » Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester. Menjadi cemerlang adalah impian setiap pelajar yang menyambung pengajian mereka di pusat pengajian tinggi. Begitu juga dengan ibu bapa kita mereka semua mengharapkan kecemerlangan dalam keputusan kita.

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester
Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Negara kita mendapat satu berita yang sangat mengujakan apabila seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam konvokesyen beliau.

Graduan yang bernama Nur Athirah Rushami Zien merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Falsafah Undang-undang dan Perniagaan. Kejayaan gadis tersebut menjadi bualan hangat di media sosial sehinggakan videonya yang tular ketika mengambil ijazah telah mendapat retweet sebanyak 63,600 kali di laman Twitter.

Beliau merupakan penerima Anugerah Pelajaran Diraja kerana memperolehi PMK 3.99 (4flat) dalam keputusan akhir pengajiannya di Universiti Utara Malaysia.

Ia menjadi tular seterusnya menjadi perhatian warga net dan juga artis termasuk Neelofa yang mahu memberikan hadiah istimewa kepada Nur Athirah.

Tiada apa-apa rahsia kejayaan tetapi apa yang penting adalah sepenuh perhatian ketika belajar di dalam kelas kata Athirah kepada media. Tahniah dari kami untuk anda Athirah. Anda memang hebat dan semoga menjadi inspirasi kepada golongan muda sekarang.

Check Also

Urusniaga ASNB Ditangguh bermula 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019. Adalah dimaklumkan kepada semua pelabur tidak kira ASB atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.