Home » BERITA » JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016

JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016

JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016
JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016

Adakah apa yang admin terima menerusi applikasi whatapps baru-baru ini bahawa JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016 benar? Ya memang benar kerana melalui laporan Bernama di bawah ini ada menyatakan tentang perkara tersebut. Cuma perincian berkaitan pekeliling tersebut hanya akan diedarkan kepada semua pada 14 April 2016 ini. Jadi adakah benar Gred 17 akan jadi Gred 19? Kita tunggu dan lihat sahaja pekeliling baru tersebut.

GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) — Pekeliling mengenai penambahbaikan
252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia akan
diedarkan pada 14 April ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata
langkah rasionalisasi skim perkhidmatan itu adalah bersifat menyeluruh
yang diharap akan disambut baik oleh seluruh warga perkhidmatan awam.

“Pekeliling mengenai penambahbaikan skim ini akan didedahkan kepada
orang ramai dan dimuat naik ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), pada 14 April ini,” katanya semasa menyampaikan syarahan
Transformasi Perkhidmatan Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) di
sini, hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan skim itu merupakan usaha baik kerajaan
dalam meningkatkan mutu sektor awam yang mengambil kira pandangan
pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Katanya, selepas pekeliling itu diumumkan, sesi penerangan mengenai
penambahbaikan skim berkenaan akan dilakukan oleh pihak JPA.

Beliau berkata, dalam Malaysia menuju ke arah status menjadi sebuah
negara maju dan berpendapatan tinggi, penjawat awam berhadapan dengan
gelombang cabaran dan realiti baharu. Mohamad Zabidi berkata peranan perkhidmatan awam dan sumbangan penjawat
awam merupakan satu daripada penentu kejayaan agenda besar negara.

“Walaupun tuntutan global dan persekitaran pada masa dahulu dan kini
mungkin telah berbeza, namun begitu, akar tanggungjawab perkhidmatan
awam tetap tidak berganjak iaitu sebagai pemelihara kepentingan rakyat,”
katanya. Beliau berkata kerajaan kini bukan sekadar mentadbir untuk rakyat,
tetapi juga mentadbir bersama-sama rakyat, membina rangkaian, memudah
cara perkhidmatan dan memfokus kepada keberhasilan yang besar serta
pantas.

“Era kerajaan mengetahui segalanya sudah berlalu, memasuki era yang
meraikan pertembungan idea ini, memerlukan penjawat awam bergerak dalam
trajektori yang tidak pernah dilalui oleh mereka sebelumnya,” katanya.

SUMBER

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.