Home » Uncategorized » Juara Angkat Berat Remaja Kebangsaan Maut Kemalangan

Juara Angkat Berat Remaja Kebangsaan Maut Kemalangan

MELAKA: Seorang atlet remaja kebangsaan terbunuh selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Jalan Ayer Leleh, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu,mangsa, Muhamad Afiq Rasik, 20 dari Kampung Ayer Leleh terbunuh selepas Demak 200cc ditunggangnya terbabas dan menyebabkannya jatuh ke dalam longkang.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Kemalangan mengakibatkan mangsa yang juga juara Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan, Oktober tahun lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa juga bakal mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tahun depan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian.

Sumber berita & gambar -METRO ONLINE-

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.