Home » Uncategorized » Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

KOTA BHARU 18 Jun – Ditumbuk bertalu-talu sebelum dipijak di kepala. Itu pengalaman pahit yang dilalui seorang jurugambar Utusan Malaysia ketika sedang membuat tugasan di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, jurugambar tersebut, Irwan Majid, 31, cedera di kepala dan tangan kiri selepas dibelasah dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah jenis heroin.

Salah seorang suspek dikatakan suami kepada wanita terbabit.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Irwan berkata, kejadian berlaku ketika dia serta dua lagi rakan pemberita sedang merakam gambar tertuduh yang diiringi keluar dari mahkamah.

“Semasa saya berada di hadapan tertuduh, seorang lelaki meluru dan terus menumbuk saya berkali-kali sehingga saya terjatuh. Dia juga cuba menarik kamera yang saya sandang di bahu.

“Saya melawan dan kami bergelut seketika sebelum seorang lagi lelaki turut menyerang dan bertindak memijak kepala saya,” katanya.

Beberapa anggota polis yang melihat insiden tersebut segera meleraikan pergaduhan manakala Irwan sempat menangkap suspek yang bergelut dengannya dengan cara memaut leher lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki yang memijak kepalanya berjaya melarikan diri. Selain itu, kamera mangsa turut pecah selepas terjatuh ketika dia dibelasah dua suspek berkenaan. Irwan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, suspek ber-usia 46 tahun yang ditangkap akan direman untuk membantu siasatan.

“Seorang lagi suspek telah dikenal pasti dan usaha untuk menahannya sedang dijalankan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kerana ugutan jenayah dan bencana kepada harta benda,” katanya.-Utusan Online-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

3 comments

  1. Giler betull.. kan dah tak pasal2 kau pulak dah jadi kes polis.. Ggrrr

  2. Sumbat je tiga2 dalam jel. Dah la pengedar dadah, kaki pukul lagi..

  3. Sekarang ni suka2 je nk pukul org kan…jurugambar tu jlnkan tugas je kot…aduhai apa nk jd ntah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.