Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Kuarters Klinik Kesihatan (KK) Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan. Mangsa iaitu Mahusin Abd Rahim berusia 28 tahun ditemui kira-kira jam 8.30 pagi dirumahnya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata mayat Mahusin Abd Rahim, 28, ditemui terbaring di atas tilam oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya yang terletak di tingkat empat pada jam 8.30 pagi. “Berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak, kita percaya dia sudah meninggal dunia lebih 72 jam dan polis masih menyiasat lanjut punca kematian. Buat masa ini, kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut.
“Bagaimanapun, kita tetap menjalankan siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk sama ada kejadian itu membabitkan unsur jenayah atau tidak. Pemeriksaan awal mendapati dompet serta motosikal tiada di kawasan itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata, rakan Mahusin datang ke rumah itu untuk mencarinya kerana dia tidak hadir bertugas sejak Jumaat lalu.
Dalam masa yang sama selepas tersebarnya berita kematian ini semua rakan-rakan arwah telah berkongsi tentang kehilangan motosikal milik arwah. Anda boleh rujuk informasi dan gambar motosikal arwah di bawah ini. Jika ada sesiapa ternampak motor ni..nombor pendaftaran RT4644 boleh rojer 01136692934 (tokwan) atau polis . Member saya Mahussin Rahim kena bunuh dan samun kt rumah . Semua brg peribadi hilang . Kalau ternampak mintak tahan dan roger no ni . Terima kasih .