Admin tertarik dengan isu yang viral beberapa hari ini di media sosial. Isu Kadar Caj Rawatan Hospital Kerajaan 2016 yang dikatakan naik lebih dari 50%. Ditambah dengan laporan sebuah akhbar yang menggunakan tajuk lebih kepada populariti membuat kan isu ini agak panas. Jadi admin kongsikan kepada anda penjelasan dan infografik dari salah seorang wakil KKM yang dipetik dari FB KKM.
Saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan mengenai isu pengemaskinian
cas rawatan hospital di KKM, dan kami dapat lihat pelbagai reaksi dari
isu tersebut. Sebelum itu, mari kita berlapang fikiran dan
fahami semula mengenai isu ini. Jelas diterangkan bahawa perubahan caj
adalah pada kelas 1 dan 2. Kelas 3 tetap tidak berubah. Ini perlu
difahami dulu. Dan pesakit yang menggunakan fasiliti ini hanyalah sebanyak 1.6%, selebihnya menggunakan fasiliti kelas 3.
Memang benar, jika kita bercakap mengenai kenaikan, tak ada siapa yang
akan suka. Orang memanglah marah, kenapa semuanya kena naik, tapi
sebenarnya tak semua pesakit akan merasa kenaikan ini. Mereka yang
menggunakan fasiliti kelas 3, golongan OKU, penerima bantuan kewangan,
pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ semuanya akan
diberikan pengecualian.
Realiti dalam negara, bukan hanya KKM
tetapi kebanyakan kementerian mengalami pengurangan bajet dari tahun ke
tahun. Dan bayangkan dengan pengurangan bajet ini, apakah kita masih
fikir kementerian mampu untuk mengekalkan sistem yang sedia ada
sekarang?
Sebenarnya rakyat Malaysia sangat beruntung, dari sudut kesihatan kerajaan dah bantu banyak.
Saya belajar di Indonesia, dan saya rasa sendiri bagaimana sistem
kesihatan di sana. Mereka tidak ada sistem bersubsidi seperti di
Malaysia. Nak masuk ke emergency kena bayar deposit Rp200,000-500,000
(rm100-200), dah bayar baru boleh masuk, tak bayar ada hospital kerajaan
tak benarkan pun masuk. Di sini, bayaran tolak tepi, nyawa kami
utamakan dulu.
Setiap ubat-ubatan mereka perlu bayar sendiri.
Doktor akan berikan perskripsi ubat dalam wad dan mereka akan bawa
perskripsi ubat tu ke farmasi dan beli ubat-ubatan tu, baru ubat
diberikan di dalam wad. Sampai IV drip Normal Saline tu pun mereka kena
beli dulu, baru akan diberikan kepada pesakit. Di sini, ubat-ubatan
adalah PERCUMA atau bayarannya adalah minimal.
Untuk setiap
pemeriksaan darah mereka kena bayar. Di Malaysia, kalau kita nak ambil
apa-apa darah, ambil sahaja. Di sana, nak ambil Full Blood Cont (FBC)
pun mereka akan tanya pesakit, kadang-kadang hanya ambil bacaan Hb
sahaja, atau Platelet sahaja, sebab pesakit tak mampu bayar, bayangkan
macam mana nak melihat keadaan pesakit denggi dari hari ke hari dengan
parameter yang terhad begitu.
Setiap kali nak xray kena bayar,
apa lagi buat ultrasound dan MRI. Orang kita, akan diberikan percuma
atau dikenakan bayaran minimal, cuma perlu menunggu sedikit lama untuk
giliran mereka.
Banyak sistem-sistem insuran kesihatan kerajaan yang mereka perkenalkan, tapi matlamat tak tercapai.
Dan banyak lagi perbandingan yang saya boleh berikan, takut nanti
perbahasan akan menjadi semakin panjang. Belum lagi saya bandingkan
antara kesihatan primer antara dua negara, percayalah, ianya jauh
berbeza.
Akan ada orang tanya, kenapa Indonesia? Bandinglah negara lain yang lebih maju, semua free!
Betul, memang lah percuma, tapi janganlah ambil dari satu sudut sahaja,
kena lihat sistem negara mereka secara keseluruhan juga, sistem
percukaian dan sebagainya.
Dan saya jadikan Indonesia sebagai
contoh kerana Indoenesia bersebelahan dengan negara kita dan saya rasa
sendiri sistem kesihatan mereka selama 6 tahun.
Tahu tak, awal
saya masuk kerja, saya cukup terkejut melihat mutu sistem kesihatan di
Malaysia? Saya ingatkan sistem kita sama saja macam Indonesia, tapi saya
silap, kita lebih baik. Memang ada kelemahan sistem kita, tapi ianya
kami perbaiki dari masa ke masa.
Jadi, sebab itulah bila saya
melihat sistem kesihatan bersubsidi negara, saya dapat jangka, ianya tak
akan bertahan lama, bila saya membandingkan dengan sistem di Indonesia.
Tapi, KKM tetap komited, buat masa ini, KKM tetap mahu membantu pesakit
kita, mengekalkan sistem bersubsidi ini, kita mahu rakyat kita mendapat
yang terbaik.
Untuk kita kekalkan sistem ini, perlu ada
perubahan dan inilah perubahan yang KKM TERPAKSA lakukan. Sedikit
kenaikan itu perlu untuk membantu kerajaan, supaya dapat menampung
perbelanjaan.
Hari ini, kerajaan terpaksa menaikkan caj
rawatan, tapi bukan semua yang terasa, hanya kepada GOLONGAN YANG MAMPU
sahaja (kelas 1 & 2), yang lain kekal dibantu.
Orang kita
marah apabila ubat tak cukup, banyak pemeriksaan darah tak boleh dibuat
pada akhir tahun, tapi pernahkah orang kita fikir apakah dengan
penambahan pesakit dan pengurangan bajet kementerian, apa kita mampu
berikan semua perkhidmatan ini sehingga akhir tahun? Jika tidak
dilakukan sesuatu, mungkin tahun depan, tak sampai setengah tahun, semua
perkhidmatan tak dapat kami berikan kepada pesakit.
Dan saya
pasti semua dari kita tak mahu dan berdoa ianya tak akan terjadi, sistem
kesihatan bersubsidi ini akhirnya akan runtuh dan tiada lagi subsidi
kesihatan, semua perlu bayar sendiri untuk rawatan seperti di Indonesia.
Yang membezakan hospital kerajaan dan swasta di Indonesia
adalah hospital kerajaan bayaran sedikit murah dari hospital swasta.
Bayar tetap bayar.
Merasionalkan kenaikan ini memang cukup
susah, tapi kena lihat sistem kesihatan bersubsidi ini secara
keseluruhan, jika kita mahu kekalkan sistem ini, sesuatu perlu
dilakukan.
Apa yang kami dari KKM harapkan, dengan keputusan
perubahan ini, untuk bajet-bajet tahun ke depan, kami akan mendapat
lebih banyak dari kerajaan dan kami akan gunakan sebaiknya untuk rakyat
kita.
Yes, this is not a popular decision, but it is the right thing to do…
Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin
Pegawai Perubatan KKM
masih mampu