Home » BERITA » Kadar Dividen ASB 2020 4.25 sen

Kadar Dividen ASB 2020 4.25 sen

Kadar Dividen ASB 2020 4.25 sen. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pembayaran 5.00 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Kadar Dividen ASB 2020 4.25 sen
Kadar Dividen ASB 2020 4.25 sen

Ia membabitkan pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan juga pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB sempena ulang tahun ke-30 dana amanah itu.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ia membabitkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASB secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn. -BH-

Bagi yang ingin mengira kadar dividen yang anda peroleh untuk tahun ini anda boleh kira DI SINI

INFO: Dividen ASB 2010-2020

2020: 4.25 + 0.75

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

Check Also

PKP Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung

PKP Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung

PKP Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung. Adakah ini salah satu berita baik buat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.