Untuk semua penjawat awam admin ingin kongsikan kepada anda semua Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan yang diambil terus pautannya dari laman sesawang rasmi Portal Pencen JPA Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan. Oleh hal yang demikian dengan mudah anda dapat mengira berapakah jumlah bayaran pencen dan ganjaran yang anda semua akan terima apabila anda bersara wajib dari perkhidmatan awam Malaysia.
Sebelum anda menggunakan Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan tersebut jom kita baca sedikit info berkaitan dengan persaraan atau lebih mudah dengan perkataan pencen.
Skim pencen adalah meliputi beberapa perkara iaitu :-
- Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah;
- Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan;
- Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan;
- Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota-anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas mereka bersara; dan
- Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang dikehendaki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau menghidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.
Untuk mengira jumlah pencen jom gunakan Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan dengan hanya gunakan link di bawah ini:-