slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Kamus Loghat Negeri Sembilan - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » INFORMASI » Kamus Loghat Negeri Sembilan

Kamus Loghat Negeri Sembilan

Paneh bermaksuh Panas. Admin gunakan loghat Negeri Sembilan untuk alamat URL portal ni. Jangan marah yo orang negeri sembilan. Admin ingin kongsikan kepada anda semua antara perkataan-perkataan yang terdapat dalam Loghat Negeri Sembilan. Jadi admin kongsikan kepada anda Kamus Loghat Negeri Sembilan untuk anda buat rujukan. Ini penting kepada orang luar yang ingin berkahwin dengan orang negeri sembilan ke nak posting ke negeri sembilan ke atau nak melancong ke sana.

Jom kita susuri 1001 patah perkatan dalam Kamus Loghat Negeri Sembilan ini.

Kamus Loghat Negeri Sembilan
Kamus Loghat Negeri Sembilan

Angka- Suhu badan seperti hendak demam
Aka-aka – Dipermain-mainkan.
Baeh- Baling
Bajau- Tidak tinggal setempatBaju prat- Baju T
Banga – Bau busuk yang mengisi ruang.
Baning – Degil yang teramat sangat
Bayang – Tak stabil, nak tumbang .
Bega – Degil yang amat sangat
Bengot – Herot, senget
Bentong – Kecik tak mau besar-besar.
Biaweh- Jambu batu
Biak- Lecah, lopak air
Bincau- Kecoh sambil marah
Bincut- Benjol kecil
Bidik – Baling, lempar, locut.
Binga- Pekak
Binjek – Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek – secubit.
Bintat- Bekas gigitan serangga
Bobek – Balut
Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea
Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang)
Bocompogho- Mandi dengan suka ria
Bocoghabih – Banyak cakap
Bocoghidau – Membising, becok.
Bocokak – Bekelahi
Boda- Pukul
Bodahagi – Susah, leceh, payah
Bodamar – Perit (akibat kena tampar)
Bodocit – Berbunyi. Tak bodocit – tak berbunyi.
Bodaso – Berbaloi
Bodobau- Bunyi jatuh dalam air
Bodobin – Bunyi sesuatu agak besar (seperti buah nangka) jatuh ke tanah.
Bodoghau – Berdebar kerana terkejut
Bodosup – Laju
Boduk – Pukul
Boepak-epak -Berlambak-lambak
Bogaghit – Bergerak; berusaha. Contoh: pueh sey ngojut an, pait kok bogarit deh…
Boghengge – Bertenggek, melepak
Boghipuk – Bertimbun (kain baju yang berlonggok)
Boghoghok – Bergaduh, bertengkar
Boghombik/bojombik – Banyak (bernyawa). Contoh: Ikan tilapia yang dibolo eh beghombik kek kolam simen tu.
Boghojin – Naik angin, marah.
Bogholek- Kenduri kahwin
Boghonjeng/boghonjit – Menari-menari bergurau senda dalam kumpulan dengan riang.
Bogho – Warna dan mimik muka berubah kerana termalu, merah padam.
Bogik – Degil
Bogomunto -Bunyi bising ( budak-budak berlari dalam rumah berlantai papan)
Bojangek – Lama menunggu
Bojoghumun -Kain baju yang berslunggun-lunggun.
Bojooh- Buat kerja ramai-ramai dengan suka ria
Bojoman- Menunggu untuk tempoh yang lama
Bojonggeng/bolonggeng – Berjemur
Bokiak – Bergerak hendak pergi ke mana-mana. Contoh: potang tadi dek ngadap an budak2 kek dlm ruma nia..lom dapek nk berkiak ke mano
Bokighah – Bergerak
Boko – Bekas untuk letak dodol atau wajik untuk dibawa “menyembah” (bagi orang baru kahwin).
Bokonak – Berkumpul anak beranak, saudara mara untuk membincangkan persiapan kenduri kahwin.
Botating – Mengidang makanan.
Bokocapuih – Bergerak dengan terburu-buru
Bokolelong- Sakit yang amat sangat
Bokotunjang – Menahan sakit yang amat sangat
Bokuak- Mengarahkan orang supaya ke tepi
Bokolintau – Bepusing-pusing ditempat yang sama
Bokoludat – Keruh, air berkarat
Bokoputak – Bau (busuk) yang terperangkap
Bolengkar- Tidur merata-rata
Bokotenteng – Terlompat atau terloncat-loncat.
Bokotinjah – Memijak-mijak sesuatu dengan sesuka hati
Bokotupeh – Bersegera membuat sesuatu
Bokotuntang – Cemas, panik, kelam kabut
Bokotutuih – Becok.
Bokundo-kundo- Bergerak beramai-ramai ke satu destinasi.
Boleng- Tidak memakai baju; bogel
Bolimpap – Kain baju yang berlonggok dan belum berlipat.
Bolo- Membersihkan haiwan selepas disembelih
Bololah- Berkejar
Bolong – Bocor yang besar
Bolongging – Tak pakai baju
Bonak – Bodoh, jahil
Bonda- Parit, tali air
Bondong – Angkut, punggah.
Bongak – Tipu. Pemongak – penipu.
bongka- Bangun, bangkit
Bontuih – Kenyang dek minum
Bonyo – Biskut yang direndam terlampau lama
Bopinau – Pening
Bosoka – Gula yang berlebih pada kueh wajik
Bosoko – Merayau tanpa tujuan.
Bosolehet – Comot, kotor
Bosolopeng – Kerak hingus yang melekat di pipi
Bosolopet- Najis yang tak habis dicuci yang terlekat pada punggung
Bosolepot – Duduk atas lantai
Bosolighit – Menunjukkan keadaan banyak seperti buah atau pakaian.
Bosolumak – Comot pada mulut
Bosomemai – Bersepah
Bosomumeh – Mulut yang bersepah nasi
Bosonghayang – Bergelandangan
Botenggong – Duduk atas sesuatu seperti pangkin atau batang kayu yang rebah dsb
Botighai – Kain yang koyak rabak
Bototam – Bergasak, berhimpit-himpit atau berkerumun melihat sesuatu (excited, curios)
Bughan – Buang air besar, bantai, belasah.
Bukat – Air yang berkeladak.
Bumin – Gelap pekat
Bungkeh- Tercabut
Bungko- Bodoh
Buntang – Mata orang/binatang yang terbuka luas setelah mati.

Cangap- Cabang pada hujung galah
Capar- Selipar
Capuk – Bertompok-tompok, tak rata
Cegak/cigak – Segar
Cekadak- Ragam
Celait- Lampu suluh, lampu picit
Cemat- Rotan, sebat
Cembeng- Muka seperti nak menangis
Ceme- Bintil pada mata; sebelah mata jadi kecil
Ceneke- Menipu
Cibir- Menjelir lidah
Cikun -Curi
Cilut – Curi (benda-benda kecil)
Cobau – Tetak.
Cogheng- Comot
Coghuh- Lumat
Cokau- Tangkap
Colang/Cogholang – mata yang terbuka dan bersinar. Contoh: Balik surau malam tadi sey ternampak mencogholang mato apo ontah ateh pokok dian tu.
Colungap – Makan dengan gelojoh
Compogho – Mandi manda. Bercompogho – bermandi manda.
Congkuit- Pengikut
Congkut – Hangus, berkerepot
Copot – Sejemput (ambik dengan tangan dengan kadar yang sedikit)
Cuci – Rosak, punah
Cucut- Sedut
Cuek- Pacak, tegak.
Cupil – Tepi sangat, nyaris nak jatuh

Dengket/k- Cetek
Dengkot- Terhincut-hincut
Diang – Memanaskan badan dekat dengan api.
Dobuih – Tak mengenai sasaran
Domut – Lemah, lembab
Dudut – Minum terus tanpa cawan

Eden, ese, sey, den,se – Saya
Eleh- Manja
Engkoh – Mengurus, peduli
Ensot – Bergerak perlahan
Entaher- Mengiyakan sesuatu
Epong – Gigit

Gaduh- Risau
Gaha- Sental dengan kuat atau dengan benda keras. Contoh. Mulut tu jago sikit .. den gaha kek jalan tu kang !
Ghahai- Rosak
Ghayat/rayat – Orang asli. Perhatian: Istilah ini tidak disukai oleh masyarakat orang asli. Ia dimasukan ke dalam kamus sekadar untuk pengetahuan dan makluman sahaja.
Ghewai- Hayun
Ghembat- Bergaduh, baling sesuatu ke dinding
Ghemah – Nasi yang bersepah selepas makan
Ghembeh – Sejenis cangkul, tajak
Ghepeng – Penyek
Ghobeh- Hujan renyai-renyai
Ghoman- Raut wajah
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Ghoboih – Seluar atau baju yang jauh lebih besar dari badan.
Ghopeh – Makan
Ghosan – Hampir basi. Contoh: Lauk semalam tu dah ghosan, jangak dimakan lak, kang kok sakit porut.
Ghenceh – Makhluk yang kononnya memotong kepala (untuk menakutkan kanak-kanak)
Ghinso – Badan rasa tidak selesa kerana panas atau lambat mandi.
Ghontian -Tidak ingin, tidak suka, tidak hairan, jangan harap.
Ghopong – Alat menghembus (kayu) api di dapur, alat untuk mengambil air yang dibuat dari tempurung kelapa.
Ghopui – Rapuh
Ginco – Gaul
Godang- Besar
Godek- Kacau air
Gogot – Terus minum dari bekas
Goleme – Lemak pada daging lembu atau kerbau
Golo – Teruk, susah.
Golo de’eh – Susahlah macam ni.
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Gombung- Sakit perut kerana masuk angin, kembung
Gomeng – gomol, menggoncang atau menggoyang kepala
Gunjai – Tinggi lampai

Hapah – Apa pun tak ada
Hapik/apik – Peduli, ambil kesah
Hati kaudu – Sangat busuk hati. Contoh: buek laa poghangai ati kudu tu sangek, nnt tak sonang idup.
Hobin- Bantai, hentam, pukul, lanyak
Hojan – Teran
Hongeh – Mengah, penat, kenyang.
Humbeh – Gasak, bantai
Imbeh – Urus, layan

Jalang – Cair, tak pekat
Jamba – Dulang. Sejamba – Sedulang
Jingang- Hairan, terpinga-pinga
Jobo- Berlagak, perasan; malu yang amat sangat
Joghan- Serik
Jogheh- Letih, penat
Jokin- Teramat yakin
Jongkeh- Ketawa bagai nak rak; terkena kejutan elektrik, keras, kaku.
Judu – Pasangan, jodoh
Jujut – Tarik, elak
Junu-janah – Mereka-reka cerita.

Kainsal- Tuala
Kame- Bancuh, uli
Karang – Sekejap lagi, lepas ini, nanti
Kawan- Suami atau isteri
Kayu berakar – Membuat persiapan untuk kenduri kahwin
Kemot – Kemek.
Kenen / mengenen – Mengurat anak dara
Kepeh – Basah kuyup
Kepet – Tidak gebu; kempis
Keset – Biji yang kecil
Kilit- Kelecek bola
Kitai – Libas, kibas
Kobok- Ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihat
Kocoloan- Terserempak, kantoi, termalu
Koghobong – Ambil makanan dengan tangan tanpa guna sudu atau senduk.
Koghomau/koghomuih – Ramas, cakar kerana marah
Koghajat – Juadah.
Koghumuih – Menghurung
Koghuntong/kuntung – Bekas mengisi ikan yang diikat di pinggang.
Kokkodek/kokkoghek – Baki biasanya makanan yang tinggal sedikit.
Kolapo – Mencambahkan biji benih
Kolayak- Diterbangkan angin
Kolemot – Tak licin ,tak rata.
Koliha – Kelapangan
Kolikanak – Pintu dari ruang tongah rumah nak menuju ke dapur
Kolokai – Selesaikan yang kusut, diuraikan.
Kololongan- Kesakitan. Misalnya akibat memakan makanan panas, mulut ternganga sambil meniup biar sejuk atau kesakitan kena sengat binatang berbisa.
Kolompong – Kosong, tak berisi (hollow)
Kolongkiak – Serangga yang menggigit dari keluarga anai-anai.
Kolopo – Dilesang atau diserang ayam
Koluhum – Pukul rata; umum
Kolenset – Lipat ke atas; pukul
Kolokati – Kacip pinang.
Kolosar – Buat kerja tidak cermat.
Koluhum – Pukul rata, umum
Koluneh – Kecil
Kolutong/koghutung – Kerumun
Koman – Ketinggalan zaman, tak ada standard, perkara biasa
Komap/gomap – Tergamam dan terdiam.
Komat -Tarikan, kena guna-guna (English: charm)
Komeh- Menghabiskan nasi atau lauk
Kontong/Gontong – Jari pendek, tiada jari
Koporit – Jahat, nakal.
Kopam- Hitam, kotor
Kopiting – Sangat kedekut.
Kopuh – Warna lumpur di badan
Koghopai- Beg
Koting- Betis
Kosan – Rupa, kisah. Contoh: Kosan eh ekau yang mencuri buah dian den yo – rupanya engkau yang mencuri buah durian saya.
Kose – Kunyah.
Kosompokan – Terjumpa secara tidak sengaja
Kotomeneh -Ragam.
Kotulahan- Badi
Koyok – Berlagak
Kua – Kacau nasi supaya masak sekata; menggemburkan
Kucung -Balutan. Contoh: kucung buah nangko mo kain, kalau tak nanti habih di lutap ea dek musang.
Kudap – Makan
Kuei – Pondok tempat simpan padi
Kumam – Mengulum makanan
Kutak-Katik – Buat ikut suka
Kuti- Cubit
Kuyo – Sejenis hama berwarna putih yg melekat pada buah-buahan seperti rambutan dan juga tebu

Landung -Sepak
Laghah- Buruk
Langgai – Tempat membakar lemang.
Lanteh – Tembus
Lantung – Sangat busuk
Lapun – Pukul, belasah
Lecok- Coret
Lelan- Leka
Lele- Cuai. Tolele – Terbiar tanpa diawasi.
Leweh- Lemah
Lilih – Hiris dengan pisau atau benda tajam
Lobong – Berlubang
Locit – Hembus hingus.
Locot – Melecur
Locun- Basah kuyup
Locut- Baling
Lodoh – Hancur, lumat
Logar- Menghantukkan sesuatu dengan kuat
Logat- Menangis sampai tak keluar suara,walau pun mulut ternganga terutamanya budak-budak.
Logeh- Hantuk
Loghoi – Reput, hancur, punah
Loleh – Hiris (potong sesuatu dengan pisau)
Lohong – Berlubang yang agak besar
Lompa – Beranda rumah
Lompung – Tampar
Lonco – Batal atau putus pertunangan.
Longot -Amat hitam, kotor
Lonjan – Lemah lutut/kaki. Contoh: Jauh boto rumah pakngah kau tu, lonjan lutut omak nak sampai ko sanun.
Longkeh – Tertanggal, tidak melekat. Misal. Biji rambutan yang tidak melekat pada isinya.
Longit -Kalah main
Lonjap – Basah. Contoh: Baju tu lonjap laei, jangan dipakai kang kok bokughap.
Lontuih – Panggilan untuk budak degil
Lontung – Langgar, redah.
Losang- Sengat
Lotong- Kotor
Lueh- Muntah
Lukuih- Basah dek peluh
Lukuk – Ketuk kepala dengan jari
Luluk – Selut, lumpur
Luncuih – Tirus
Lunggah- Langgar (bulldoze)
Lutap- Makan
Luyu/kuyu – Mengantuk

Mada- Sial, bodoh
Mantai – Acara menyembelih lembu atau kerbau untuk menyambut bulan puasa dan hari raya.
Meong – Kuat merajuk, otak tak berapa betul.
Moncangok/Tercangok – Duduk tanpa tujuan.
Mogang – Satu hari sebelum puasa.
Moghahang – Melalak
Moghahau – Bercakap kuat-kuat
Moghasai – Merana, sengsara.
Moghelo – Panjang. Moghelo-ghelo -Sangat panjang.
Moghewai – Berjalan yang tak lurus
Monghungap – Keadaan nafas yang keletihan
Moghambu – Merayau tanpa tujuan khusus
Moghanduk – Mengharung (air)
Moghaban – Merayau-rayau tanpa tujuan
Mogheban – Menjela-jela. Contoh: Kain kau tu mengheban-gheban bona, tepijak kang kok tosungkam ko tanah.
Monghungap – Mengah, Mencungap. Contoh: Abah Zino monghungap kono kojar dek anjing gilo pagi tadi.
Moghogheh -Benda-benda seperti daun atau rambut yang berguguran atau luruh.
Moghomut – Banyak
Moghonggoh – Pergi kesatu tempat beramai-ramai
Moghoning – Bengkak (kemerah-merahan)
Moghonyok – Merajuk, tunjuk muka tak puas hati sebab terpaksa buat kerja atau tak dapat sesuatu
Moghosit – Mengunyah makanan ringan.
Moghotul – Tukul besi
Moghumbo-ghumbo – Keadaan api marak dan menjulang-julang. Contoh: kalau muek lomang jangan menghumbo-moghumbo api ea…hanguih ado masak ea tidak.
Moghuboi – Rambut panjang yang tidak terurus.
Moghun – Bakar sampah
Mogun- Termenung
Moladung – Air yang ditadah atau tertadah sudah banyak terkumpul.
Molahu- Merayau, berpeleseran
Molampa – Bertaburan.
Molampuh-Banyak (tak bernyawa). Contoh: Henfon sekenhen melampuh kek kodai Ateng tu
Molehet – Hinggus yang mengalir di pipi
Molondut – Melayut, kendur
Molongoh – Menangis berpanjangan
Molangok- Melepak
Molansit – Tidur
Mombuto – Tidur
Molancur – cirit-birit
Molaghah – Keadaah buah-buahan yang gugur tidak berkutip.
Molayau/moleyak – Keadaan air melempah ke atas lantai
Molesa – Kain yang labuh hingga cecah lantai/tanah
Molese – Suka duduk dekat-dekat atau rapat-rapat dengan orang
Molingkup – Pergi menghilang diri, pergi jalan-jalan, berambus.
Moluha/molaha – Kepedasan
Molukah – Orang perempuan duduk menampakkan bahagian sulit.
Molunggun – Bertimbun.
Mombeko/memeko – Memunya, menguasai
Mombese -Kencing
Momobok -Air/cecair yang menggelegak disebabkan panas atau sebab lain.
Momboko -Padan muka.
Mombughan- Buang air besar
Mombumbung – Pergi entah ke mana.
Mombungkam – Tidur
Momepe – Bunyi suara yang sumbang dan menyakitan telinga.
Momokak – Membuat bising
Momoghut – Membuang angin atau air besar.
Mompulun- Jatuh
Monabe – Berciciran, tumpah.
Monabir – Darah yang banyak akibat luka
Moncamek- Benci sangat
Moncangut – Susah nak bernafas
Moncibe – Menjelirkan lidah supaya orang sakit hati
Moncieh-cieh- Titisan peluh yang mengalir
Moncipan – Lari dengan deras
Moncoghabih- Cakap tanpa henti, merepek
Moncoghidau – Becok.
Moncolinap – Belari dengan laju
Moncokik- Makan banyak
Moncolongo- Harum
Moncucut- Menyedut
Monculin – Lari yang teramat laju
Moncanak – Lari dengan laju tanpa menoleh kiri kanan
Mondahagi/Bedahagi – Susah untuk diajak membuat sesuatu
Mondaghek – Cerita yang tak berapa lojik, temberang.
Monebeng- Duduk di tepi tembok
Moneneng- Sakit, berdenyut
Mongese/monginding- Mengasak
Mongicak- Meminta-minta
Mongirap – Naik darah
Monghoghik-hoghik- Menyanyi atau bercakap dengan kuat sampai nampak urat leher.
Monghungap – Mengah kerana keletihan
Mongokeh – Kais (perbuatan ayam mencari makanan)
Mongokot – keadaan orang yang kesejukan.
Mongolintau- Mencari sesuatu dengan perasaan cemas
Mongolintin – Menggeletek
Mongolesah/mongolusuh- Gelisah, duduk tak diam
Mongoloce – Melecet pada kaki kerana pakai kasut baru; terkena minyak panas.
Mongonggang/menghonggang – Bernafas dengan laju kerana letih atau kepedasan
Mongoca- Menangkap ikan
Mongolinjang – Terlompat-lompat kerana teruja atau kegembiraan.
Mongolujut – Menggigil disebabkan keletihan.
Mongonye- Mengunyah sesuatu
Mongumba- Patah balik
Monjala – Baring
Monodah – Berjalan ke rumah orang tapi tak kesah nak balik. Contoh: Apo kono e Ujang tu kek umh Milah yo menodah e?
Monogoh – Jalan pergi, datang dengan segera
Mononoi- Bernanah dan amat sakit, merintih kesakitan
Mononong- Berjalan pantas tanpa toleh kiri kanan
Monopung – Hancur, pecah. Contoh: Pogang pinggan tu duo bolah tangan, jatuh kang kok monopung
Montodaghah- Makan yang tiada batasannya
Montegheh- Perut yang kekenyangan
Monteneng- Budak kekenyangan
Montesok- Lusa
Montibang/montobong – Tak tau pergi mana. Contoh: bojoman kau tak balik2..kek mano kau montibang .. sampai tak ingat ghumah tanggo.
Monueng – Mengekor ke mana orang pergi
Monugheh- Tahu
Monyisik – Menyelongar. Sama makna dengan “monyoleme”
Monyolangsang – Bertandang. Contoh: “apolah ghoma na poi monyolangsang umah oghang ”
Monyoleme- Menyelongkar.
Monyongit – Bau yang kuat dan tidak menyenangkan seperti dari badan seseorang atau pun dari masakan.
Monyopak- Makan berbunyi
Monyonggau – Rasa kepanasan atau kepedasan; warna merah yang terang.
Monyongit – Bau keras dari sesuatu yang mencucuk hidung, panas terik.
Monyungkam – Jatuh tersadung dengan muka ke bawah
Mondobut/monobut – Sangat laju
Monjeje/monjelejeh – Panjang, melele, menitik
Morengkeh/k – Keadaan orang yang membawa bebanan berat
Morengkoh/moghengkeh – Keadaan berat bawa beban

Nangoi – Anak babi
Ngisai/kisai – Buat sepah, selongkar
Ngongilanan/ngongilan – Buat perangai gila-gila bahasa.
Nompan – Sepadan, sesuai; berpakaian sesuai dan cantik, bergaya; rupa
Nonggok – Duduk.
Nunuk-Nanak – Terkejar kesana-sini dengan pantas mencari sesuatu
Nyaghi – Makan sahur.
Nyinggah – Kena, dapat. Contoh: Kau pasang lukah semalam, ado nyinggah ea tak ?

Ocup/acup – Tenggelam
Oghuk – Bising
Okap- Tamak
Oma- Buah yang hendak busuk
Ongap- Nafas
Ongeh – Mengah
Ongkoh – Iras. Contoh: Anak eh tu ado ‘ongkoh2’ atuk eh maghin.
Ontok- Diam

Pait- Tak mahu
Panggilan – Jemputan kawin
Panta – Dulang untuk meletak makanan
Pauk – Potong sesuatu pakai parang
Pegheh – Teruk, susah
Pencong – Tak lurus, bengkok
Pengka- Keadaan kaki orang yang tidak lurus bila berjalan atau berdir; kekok
Peta – Memfokuskan mata sebelum membaling sesuatu
Peteng- Tengok, perhati, tuju sebelum menembak dsb (English – aim).
Pewai – Tua ganyut, longlai, penat, letih.
Pighek- Tenyeh, lunyah
Pipir/l – Meleraikan buah dari tangkainya.
Piuh- Pintal; cubit
Pocek- Komen
Podulik ajab- Tidak mengambil endah lagi
Poghak- Kebun kecil untuk tanaman sayur-sayuran
Poghat- Bau yang amat kuat
Pojur – Hujan tak berhenti-henti.
Polak- Panas; jemu, bosan
Poloso- Pemalas
Poluto – Kuat pembohong
Pomola – Lucu, kelakar, lawak
Pemongak – Pembohong.
Poncolek angek- Punca
Pongolan- Galah
Ponggit- Mengada-ngada
Ponggur- Bakar hingga rentung
Pongopan – Sedia. Bolum pongopan – belum sedia
Posuk- Berlubang
Pudek/podok – Sumbat. (Seperti menyumbatkan pakaian kedalam beg atau almari yang sudah pun padat)
Puga – Tenyeh
Pugeh- Main hentam
Pundung – Pondok, dangau
Puntang-panting – Lari lintang pukang

Sanggo – Sambut (dengan tangan)
Sede – Diabai-abaikan, tak ambil berat, ambil mudah, sambil lewa
Sewat – Sambar; rentap
Sempong/Rempong – Robek
Siah – Elak
Siapaleh / chapaleh – Minta dijauhkan dari bahaya, minta selisih Malaikat 44
Sibak – Selak (kain, langsir dsb)
Simbo – Simbah dengan air.
Sitap – Sepet
Sobulek – Dikumpulkan menjadi satu dalam satu tempat
Sodo – Semua. Kosodoalah- Kesemua.
Sojak- Segak, bergaya
Sokolap – Tidur sekejap
So’eh – Kenyang sebab makan
Solala – Sama, sefesyen
Solanjar- Terus-menerus tanpa tersekat atau terhenti.
Somumeh – Comot di mulut.
Sonala – Pada kebiasaannya, selalunya.
Sonegheh – Senonoh, tepat betul.
Songayut – Bergayut
Songkalan – Batu giling (lada dsb)
Songkelet – Sekeh, ketuk biasanya dikepala
Sontot – Pendek
Sopalit – Sikit sangat
Sopah – Makan
Songge – Sengih. Tersongge-songge – Tersengih-sengih
Songkeh/k – Sangat kenyang
Sontak – Hingga, sampai.
Sosah – Pukul
Sotai- Kertas yang hampir hancur dirobek-robek
Sugi- Sental
Suki – Cukup (makan) ikut sukatan/keperluan.
Stemet – Anggaran. (English – estimate)
Sugon – Menenyeh, menyental atau megosokkan sesuatu ke atas permukaan (lantai atau kain)
Sumpih/k – Sumbing, rongak (diguna untuk mata parang, pisau dsb)
Sunu – Perbuatan dengan mengarahkan kepala/muka kepada suatu tempat.

Taek – Sedap sangat
Tak kotawanan – Tak pasti, ragu-ragu (apa yang nak dibuat).
Talo – Belasah, rotan
Tandeh – Kehabisan
Tak solaku – Tak senonoh, tak beradab
Tanjul – Ikat
Tebok/tenok – Ditanduk (oleh kerbau, lembu atau kambing)
Tenang – Menumpukan perhatian sebelum menembak atau memanah sesuatu.
Tiek – Seliuh. Orang tuo-tuo kato, kalau ghoma melawan cakap omak, ‘tak patah, tiek’
Timpan – Lepat (sejenis kueh)
Tingkeh – Sudah habih.. Contoh: ‘Usahlah kau cari laie buah dian tu….dah tingkeh dah’.
Tobe’eng – Sengkak, terlalu kenyang
Tobek – kolam, danau, paya.
Toboba – Gempar, terkejut.
Toboghongau – Kudis, luka yang terbuka luas.
Toboh – Tempat, kawasan
Toboleghan – Hairan
Tobolengot – Merajuk, sensitif.
Toboleseh – Cepat atau mudah merajuk
Tobo’o -Perasaan tersangat malu
Tocangok/tocongok – Berdiri tiba-tiba tanpa berkata-kata.
Toghoghau -Terkejut besar
Tojolepot/h – Terduduk
Tokoliak/tokoliek – Salah urat kerana tergelincir atau terjatuh.
Tokoneneng – Berpinar-pinar, badan tak stabil.
Togamang – Terperanjat, terkejut.
Tojolubuih – Terperosok, terbolos (jatuh dalam lubang)
Tojoluek -Nak muntah
Tojungkang – Terlentang, terbaring
Tokih – Hampir/nyaris. Contoh: Boreh kek rumah kito dah tokih, poie boli copek.
Tokinyam – Hendak lagi
Tokolayak – Tergelincir.
Tokolebak – Terkoyak, tersiat.
Tokomama – Terkesima, kehairanan
Tokhighap – Tumpah
Tokoluceh – Terlucut, terlepas
Tokung -Potong, kerat. Sotokung ikan – sepotong potong
Toledan-ledan – Melengah-lengahkan kerja
Tolengkang – Terbiar
Tolopo -Terleka sekejap; terbuka. Contoh1 : Pantang tolopo, habih buah rambutan kek topi pagar itu di ambik orang. Contoh 2: asal tolopo jo pintu, masuk la ayam.
Tomoleng – Berpaling. Contoh: .pantang temoleng, langsung losap yo budak ni.
Tona – Riuh, gegak gempita. Contoh: pekso ank eh dapek no 1, tona sokampung..
Tongging – Malu-alah
Tonggong – Besar, tegap.
Tongka – Degil
Tongkuluk – Kain tudung rambut orang perempuan.
Topico – Terbiar. Contoh. Pantang terpico abih dibaham eh ikan tu dek kucing.
Topodok – Terbenam dalam
Topole’ot – Terseliuh, terkehel
Tosunam- Tersungkur muka ke bawah.
Totungek – Terbalik kaki ke atas kepala ke bawah
Tughik – Pekak.
Tumuih -Bonam, tekan. Contoh: “tumuih muko tu ko mejo kang”.
Tungka – Pokok tumbang
Tungkun- Kayu untuk hidupkan api
Tuntung – Memasukan air ke dalam bekas
Tutoh – Kerat, cantas

Uncah – Ganggu, kacau
Unggih – Gigit
Uceh – Melepas, tak dapat
Ujo – Cari momentum; acah.Contoh. Kau kono ujo dulu .. bukit tu tinggi tak lopeh naik nanti.
Ulit – Lembab, perlahan
Ulu-ala – Resah gelisah
Umpok – Hak, kepunyaan.

Selamat belajar bahasa atau Loghat Negeri Sembilan. Mano yang nak tahu maksud lagu Waris tu buleh lah tengok kek kamus ni ha. Eh admin pun pandai dah sikit-sikit hehe ?

 

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020  

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88