Home » Uncategorized » Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Bapa Sendiri

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Bapa Sendiri

Terbaca berita kat bawah ini tadi.Peringatan untuk semua ibu bapa termasuk diri sendiri sentiasa berhati-hati terutama yang mempunyai anak kecil. Jadikan teladan kes yang terjadi di Perak ini.

PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat sini hari ini.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.
“Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta,” katanya.
 

 

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

 

Katanya beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.

“Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain,” katanya.

Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

2 comments

  1. al fatihah , nie yang sedih ..

    mselim3

    pls: jaga anak baik2.. anugerah Allah tu..

  2. Al fatihah

    Dulu aku teringat..ada gak satu kes yg ibu reverse kete langgar anak main kat kreta blakg.

    Bukan salah sape2 bg aku mmg kmalangan. Terima qada' qadar Allah la ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.