Home » Uncategorized » Kanak-kanak perempuan 2 tahun mati dibunuh di Paka Terengganu

Kanak-kanak perempuan 2 tahun mati dibunuh di Paka Terengganu

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kejam sungguh apa yang telah dilakukan oleh si pelaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan 2 tahun di sebuah rumah kosong di Paka Terengganu. Tinggi tahap nya si pelaku tidak dapat rasa nya hendak di kategorikan.

Nak kata binatang rasa nya tak sesuai nak kata setan mungkin lebih tinggi tahap nya dari setan. Sedih bila dengar berita ini semalam.

Semalam seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 2 tahun,Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan. Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan. Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.-Terengganu Today

Apa pun suspek telah pun ditangkap dan mari kita sama doa semoga suspek mendapat hukuman setimpal dengan apa yang di lakukannya.

p/s : dengan budak kecil pun masih ada nafsu pelik manusia sekarang ni

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

2 comments

  1. Kejam betul manusia. Lebih elok binatang dari manusia macam ni.

    ZH Blogger

  2. sangat cantik budak ni, innalillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.