Home » BERITA » Kedah Dapat MB Baru

Kedah Dapat MB Baru

Kedah Dapat MB Baru
Kedah Dapat MB Baru

Kemelut politik yang melanda negeri Kedah dijangka berakhir dalam sehari dua lagi. Ini menjawab persoalan jika benar-benar Kedah Dapat MB Baru. Admin memetik laporan daripada Utusan Online berkaitan perkara ini. Rata-rata jika perlantikan MB baru berlaku sudah pasti ini boleh mendatangkan pelbagai reaksi dari rakyat negeri Kedah. Jom kita baca laporan Utusan Online tersebut.

ALOR SETAR 25 Jan. – Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah esok atau lusa berikutan majlis itu sedang giat dirancang.

Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih dikatakan sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.“Mungkin esok atau lusa majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.“Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, sejak semalam beberapa exco yang dikatakan menyokong Mukhriz juga dilihat mengosongkan pejabat ma­sing-masing di Wisma Darul Aman.“Exco tersebut walaupun dikatakan akan dilantik semula sebagai exco selepas pelantikan Menteri Besar kelak namun bersedia untuk mengosongkan pejabat mereka.

“Walaupun bersedih namun difahamkan mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini,” ujarnya.Difahamkan Mukhriz dan dua Exco yang menyokong beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Blok E, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mukhriz memasuki pejabat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kira-kira pukul 3 petang hari ini bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri ini. Perjumpaan berkenaan dikatakan berakhir beberapa jam kemudian apabila Mukhriz dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada pukul 7 malam,” katanya.

Check Also

Sekolah Di Putrajaya Ditutup 17 September 2019

Sekolah Di Putrajaya Ditutup 17 September 2019

Sekolah Di Putrajaya Ditutup 17 September 2019 akibat jerebu. Akibat daripada masalah jerebu yang melanda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.