Home » BERITA » Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong jejaskan bekalan air sekitar Taiping. Beberapa kawasan di barat Taiping berdepan masalah bekalan air berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Trong, petang semalam.

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong
Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP), Datuk Mohd Yusof Isa, berkata kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu mengakibatkan paip yang menyalurkan air mentah dari loji berkenaan patah dan gagal berfungsi.

“Antara kawasan yang terjejas adalah seluruh kawasan Trong, Changkat Jering, Bukit Gantang, Bukit Berapit, Changkat Ibol serta kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusof berkata, LAP sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membaik pulih kerosakan selain melakukan pembahagian semula dengan membekalkan air dari LRA Air Terjun kepada pengguna.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan beberapa kawasan seperti pekan Trong dapat kembali menerima bekalan air.

Katanya, bagaimanapun, masih terdapat kira-kira 2,300 akaun pengguna yang masih mengalami gangguan bekalan membabitkan penduduk di kawasan Changkat Ibol, Bukit Gantang, Kampung Kubu dan Kampung Pauh.

“Dijangka bekalan air ke kawasan berkenaan akan kembali pulih dalam tempoh dua hari ini.

“Pihak LAP akan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas dengan menggunakan lori-lori tangki sehingga keadaan kembali pulih,” katanya. -BH Online-

Check Also

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk. Pertengkaran tercetus di luar Dewan Kongres Angkatan Muda Keadilan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.