Home » BERITA » Keluarga Tipu Sekatan Polis Dikenalpasti

Keluarga Tipu Sekatan Polis Dikenalpasti

Keluarga Tipu Sekatan Polis Dikenalpasti. Gara-gara memberikan tips untuk melepasi sekatan pihak berkuasa sepanjang PKP menerusi aplikasi sosial mengundang padah.

Keluarga Tipu Sekatan Polis Dikenalpasti
Keluarga Tipu Sekatan Polis Dikenalpasti

Polis sudah mengenal pasti ahli keluarga yang berkongsi tip menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tindakan akan diambil terhadap keluarga terbabit.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan orang ramai tidak sepatutnya berbangga melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih penting, katanya, tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Semalam tular di media sosial mengenai ahli keluarga menunjukkan mereka pulang ke Kuala Lumpur dan memberi tip bagaimana cara untuk menipu polis.

“Saya nak ingatkan jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk melanggar PKP.

“Pihak polis sudah mengenal pasti dan tindakan akan diambil. Tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, tambahan pula mereka mengaku (di laman sosial) ingkar kepada arahan dan peraturan di bawah PKP.

“Tolong jangan bangga dan anggap diri sebagai ‘hero’ kerana akhirnya tindakan akan diambil dan susahkan diri mereka dan keluarga,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Ismail Sabri mengulangi amaran yang polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar PKP mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, Seksyen 3.1 Akta 342 menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana orang yang sesuai untuk menjadi pegawai penguat kuasa dan diberi kuasa menahan mereka yang ingkar PKP.

“Semalam ada yang mengatakan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah PKP ini dan mengeluarkan waran.

“Seksyen 3.1 memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan melantik mana-mana pegawai termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di laut untuk melaksanakan segala peraturan di bawah Akta 342.

“Malah Seksyen 3.2 akta sama menyebut pegawai yang dilantik itu diberi kuasa untuk bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipannya mengikut akta itu,” katanya.

Sementara itu, katanya, seramai 1,057 individu ditahan polis kerana ingkar PKP semalam dan daripada jumlah itu, seramai 906 individu ditahan reman manakala 151 dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sejak PKP dilaksanakan, seramai 622 individu dituduh di mahkamah kerana

kesalahan ingkar PKP manakala jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam seramai 12,074 individu,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi PKP semalam, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sebanyak 813 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 557,699 kenderaan.

“Sebanyak 57,344 pemeriksaan mengejut juga dilakukan di seluruh negara manakala 5,220 premis diperiksa pihak berkuasa,” katanya. -BH Online-

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.