Home » BERITA » Kematian Ke 10 Covid 19 di Malaysia

Kematian Ke 10 Covid 19 di Malaysia

Kematian Ke 10 Covid 19 di Malaysia. Hari ini adalah hari kelima negara kita Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) 22 Mac 2020.

Kematian Ke 10 Covid 19 di Malaysia
Kematian Ke 10 Covid 19 di Malaysia

Berikut dikongsikan kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkaitan dengan perkara ini.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.‬

‪Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia.

Untuk rumusan sehingga hari ini kes Covid-19 di Malaysia adalah seperti berikut :-

Kes positif yang pulih pada 22 Mac 2020= 25
Jumlah kumulatif yang pulih dan discaj = 139

Kes positif baru dilaporkan = 123
Jumlah kumulatif kes positif = 1,306

Kes positif #COVID19 yang sedang dirawat di ICU= 46

Kes kematian pada 22 Mac 2020= 2
Jumlah kematian= 10

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

Juga dimaklumkan, bilangan kakitangan KKM yang telah menjalani saringan pengesanan COVID19 adalah seramai 460 orang. 270 orang didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.

Sumber : FB KKM

Check Also

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia. Satu berita yang benar-benar meruntun jiwa kita. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.