Home » BERITA » Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri

Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri

Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri. Kerajaan telah mengeluarkan garis panduan kepada semua rakyat Malaysia berkaitan aktiviti-aktiviti ziarah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri
Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri

Aktiviti ziarah adalah dibenarkan pada hari pertama Syawal sahaja dengan beberapa SOP perlu dipatuhi. Namun begitu masih ramai yang masih tidak faham atau sengaja melanggar peraturan kerana masih ada rakyat yang telah didapati bersalah kerana masih berziarah pada syawal kedua dan ketiga.

Jom kita sama-sama baca laporan berkaitan kes ini yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang.

Kegembiraan enam sahabat menyambut Aidilfitri di sebuah rumah dekat Penaga, Kepala Batas, hari ini, membawa malang bagi mereka apabila dikenakan kompaun kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kompaun RM1,000 itu dikeluarkan polis selepas mengadakan pemeriksaan secara mengejut jam 3.45 petang tadi dan mendapati lima wanita serta lelaki berusia lingkungan 20-an berhari raya yang jelas melanggar arahan ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis tidak lagi mengeluarkan amaran sebaliknya terus mengeluarkan kompaun atau melakukan tangkapan bagi mereka yang berdegil dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

Beliau berkata, sejak hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri hingga hari ini sebanyak 101 kompaun dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan antaranya merentas negeri dan melakukan aktiviti ziarah ke rumah sanak saudara.

“Rentas negeri tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan polis giat melakukan sekatan di pintu masuk sempadan daerah ini.

“Dalam pada itu seperti sedia maklum, kerajaan hanya membenarkan aktiviti ziarah pada hari raya pertama saja itu pun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Oleh itu, polis bertindak tegas dan tidak lagi memberi amaran seperti hari ini kita menahan enam individu termasuk tuan rumah yang melakukan serta membenarkan aktiviti ziarah,” katanya, hari ini.

Menurutnya, polis terus mengadakan rondaan dan pemantauan bagi memastikan orang awam mematuhi arahan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Noorzainy berkata, polis daerah itu membahagikan kepada 10 pasukan dalam mengadakan pemantauan dan operasi di sekitar daerah itu selari dengan Akta 342.

Sementara itu di Perak tiga pemilik rumah dikenakan kompaun kerana membenarkan aktiviti ziarah di hari kedua Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata dalam operasi diadakan pihaknya bersama anggota Majlis Perbandaran Taiping (MPT) petang semalam, majoriti dikompaun memberi alasan tidak tahu mengenai larangan.

“Dalam operasi itu tiga rumah di Bukit Jana, Kamunting diserbu berikutan melakukan kesalahan melanggar arahan kerana membenarkan aktiviti ziarah menziarahi di hari raya kedua semalam.

“Majoriti pemilik rumah atau masyarakat memberi alasan tidak mengetahui SOP dan larangan berkenaan dan pihak polis mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik rumah tersebut,” katanya dihubungi.

Dalam perkembangan lain, Osman berkata 44 notis kompaun dikeluarkan pihaknya dalam beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di Taiping bermula 22 Mei sehingga jam 4 petang tadi.

Menurutnya notis kompaun itu dikeluarkan pihaknya berikutan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tambahnya majoriti yang dikompaun adalah individu menaiki sebuah kenderaan namun tidak mempunyai sebarangan hubungan kekeluargaan atau tidak tinggal serumah. -METRO-

Check Also

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya? Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.