Home » BERITA » Kenapa Penduduk Simpang Renggam Diperintah Berkurung

Kenapa Penduduk Simpang Renggam Diperintah Berkurung

Kenapa Penduduk Simpang Renggam Diperintah Berkurung? atau disebut Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Menurut laporan daripada BH Online ini semua disebabkan nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif COVID-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid

Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Dua kawasan itu ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

“Perintah PKPD membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April depan.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Justeru, Ismail Sabri turut meminta semua penduduk di kawasan berkenaan diminta bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434. -BH Online-

Check Also

3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui

3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui

3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui. Alhamdulillah kesemua mangsa 3 adik beradik yang lemas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.