Home » HIBURAN » Keputusan Gegar Vaganza 2 2015

Keputusan Gegar Vaganza 2 2015

Keputusan Gegar Vaganza 2 2015
Keputusan Gegar Vaganza 2 2015

Seperti yang semua sedia maklum bahawa malam tadi telah berlangsungnya konsert kemuncak atau konsert akhir bagi rancangan yang dianggap fenomena ketika ini iaitu Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 2015. Kesemua 6 finalis masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing dan Keputusan Gegar Vaganza 2 2015 telah pun kita semua ketahui.

Jadi jom admin throwback semula Keputusan Gegar Vaganza 2 2015 malam tadi. Seperti dijangka penyanyi yang popular dengan lagu Paling Comel Siti Nordiana atau Nana telah menjuarai Gegar Vaganza Musim ke-2. Jika dilihat dari minggu ke minggu sememangnya Nana sentiasa konsisten dengan persembahan yang terbaik.

Untuk Keputusan Gegar Vaganza 2 2015 secara rasmi sila rujuk di bawah ini :

Juara: Siti Nordiana (Wang Tunai RM100,000 + Trofi + Tiket Percutian Madrid + Album Single Baru)

Naib Juara: Faradhiya (Wang Tunai RM 50,000 + Trofi + Tiket Percutian Beijing)

Tempat Ketiga: Ezad Lazim (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)

Tempat Ke Empat: Nassier Wahab (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)

Tempat Kelima: Acong SweetChild (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)

Tempat Ke Enam: Haiza (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton: Siti Nordiana (Wang Tunai RM5,000)

Jadi admin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada Gegar Vaganza kerana menjadi salah satu platform kepada artis-artis lama untuk mendekati peminat-peminat mereka seterusnya mereka juga dapat menambah peminat-peminat baru mereka.

Check Also

Sinopsis Drama Sweet Dreams Mira Filzah Ben Amir

Sinopsis Drama Sweet Dreams Mira Filzah Ben Amir

Sinopsis Drama Sweet Dreams Mira Filzah Ben Amir. Drama yang diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams …

One comment

  1. mmg dah agak Nana menang..dia yg the best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.