Keputusan Rasmi Spr Pilihan Raya Kecil Prk N24 Semenyih - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Keputusan RASMI SPR Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Semenyih

Keputusan RASMI SPR Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Semenyih

Keputusan RASMI SPR Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Semenyih.

BN – 19,780
PH – 17,866
Bebas – 725
PSM – 847

Majoriti Undi – 1,914

HULU LANGAT 2 Mac. Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas menang dengan majoriti 1,914 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Keputusan RASMI SPR Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Semenyih

Calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi

Dua calon lagi iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mendapat undi sebanyak 847 undi manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng pula sekadar memperoleh 725 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dekat sini.

Menurut Mohd. Sayuthi, undi ditolak sebanyak 650 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 73.24 peratus.

Kejayaan BN hari ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dalam PRK selepas memenangi PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

Hadir sama menyambut kemenangan tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE

#PRKSemenyih

Check Also

Video Permohonan Maaf Asri Janggut  

Video Permohonan Maaf Asri Janggut

Video Permohonan Maaf Asri Janggut. Seorang yang telah membuat satu video live tentang kegiatan kedai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.