Home » INFORMASI » Keputusan SPM 2019 5 Mac Dan Cara Semak Online

Keputusan SPM 2019 5 Mac Dan Cara Semak Online

Keputusan SPM 2019 5 Mac Dan Cara Semak Online. Sudah pasti semua pelajar yang sudah menduduki keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019 tidak sabar-sabar lagi menunggu tarikh ini.

Keputusan SPM 2019 5 Mac Dan Cara Semak Online
Keputusan SPM 2019 5 Mac Dan Cara Semak Online

Tarikh di mana 5 Mac 2020 keputusan SPM 2019 akan diumumkan.

Bagaimanakah cara ingin menyemak atau mendapatkan keputusan SPM 2019 ini?

Pertama sekali semakan keputusan boleh dibuat menerusi perkhidmatan mySMS dengan menaip SPMAngka Giliran dan menghantar SMS ke 15888.

Perkhidmatan itu akan mula diaktifkan pada 10 pagi pada 5 Mac depan dan ditamatkan pada 6 petang 11 Mac.

Kedua semua calon boleh menyemak keputusan menerusi portal Lembaga Peperiksaan Malaysia di sppat.moe.gov.my/semakan

Manakala bagi calon persendirian akan dimaklumkan menerusi pos atau boleh terus berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Bagi SPM 2019, seramai 416,416 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di seluruh negara dengan 357,010 calon adalah sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Selain itu, 8,320 calon di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah menengah agama negeri (8,317 calon), sekolah menengah agama rakyat (2,209 calon), sekolah swasta (14,203 calon) manakala calon persendirian (26,357 calon)

Check Also

Waspada SMS Palsu Kononnya Dari LHDN

Waspada SMS Palsu Kononnya Dari LHDN

Waspada SMS Palsu Kononnya Dari LHDN. Perhatian kepada semua rakyat Malaysia. Seperti semua sedia makluma …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.