Home » SUKAN » Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Pada 15 dan 16 September 2017 telah berlangsung perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017. Tiga perlawanan dijalankan secara serentak pada 15 September 2017 dan satu perlawanan berlangsung pada Hari Malaysia 16 September 2017. Tiga perlawanan yang berlangsung pada 15 September 2017 adalah perlawanan di antara Selangor menentang Kedah (Live TV9), Felda United menentang PKNP C dan Melaka United menentang JDT. Jadi kepada semua peminat bola sepak negara kita di sini admin ingin kongsikan kepada semua Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017.

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017
Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017 adalah seperti berikut :-

Selangor 2 – Kedah 3

Felda United 1 – PKNP FC 3

Melaka United 1 – JDT 4

Pahang 3 – Perak 1

Jika dilihat kepada semua keputusan perlawanan, perlawanan pada hari Jumaat menyaksikan semua tuan rumah tewas dan semua pasukan pelawat dapat bekalan gol jaringan di tempat lawan. Hanya pasukan Pahang yang menang di tempat sendiri iaitu di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Buat semua pasukan mereka semua mempunyai peluang tetapi agak berat untuk mereka kerana bekalan gol ditempat lawan agak besar kecuali pasukan Kedah yang perlu berhati-hati dengan jerat dari Selangor.

Jadi jangan lupa untuk sentiasa menyokong Liga Malaysia kerana siapa lagi yang akan menyokong jika bukan kita rakyat Malaysia bukan. Perlawanan suku akhir pusingan kedua akan berlangsung pada 23 dan 24 September 2017 nanti.

Check Also

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games 2019. Sepak mula akan dilangsungkan jam 4.00 petang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.