Home » BERITA » Kerjasama Politik PAS dan UMNO Ditangguh

Kerjasama Politik PAS dan UMNO Ditangguh

Kerjasama Politik PAS dan UMNO Ditangguh sementara. UMNO dan PAS menangguhkan proses memuktamadkan piagam kerjasama politik dua parti bagi menumpukan perhatian kepada urusan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kerjasama Politik PAS dan UMNO Ditangguh
Kerjasama Politik PAS dan UMNO Ditangguh

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata piagam itu sepatutnya diputuskan malam ini oleh pemimpin kedua-dua parti.

Bagaimanapun, katanya, ia terpaksa ditangguhkan kerana terbabit dengan proses pengundian bagi memutuskan pindaan RUU itu, malam ini.

“Kita belum muktamadkan piagam antara PAS dan UMNO. Sepatutnya kedua-dua parti mesyuarat malam ini tetapi tertangguh lagi sebab ada pengundian Pindaan Perlembagaan sampai malam.

“Kita akan buat secepat mungkin dalam bulan ini juga manakala kandungannya belum dimuktamadkan.

“Ia akan dimaklumkan selepas dimuktamadkan kerana ia mungkin berubah-ubah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebelum ini berkata kedua-dua parti akan memuktamadkan piagam kerjasama hari ini.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, sebarang keputusan jawatankuasa induk dan teknikal Piagam UMNO-PAS hanya boleh dimuktamadkan presiden kedua-dua parti.

Langkah terbabit bagi memastikan proses kerjasama politik dapat diteruskan kepada peringkat perjanjian politik. -BH Online-

Check Also

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk. Pertengkaran tercetus di luar Dewan Kongres Angkatan Muda Keadilan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.