Home » BERITA » Kes Adib Tiada Lagi Saksi Dipanggil Selepas Ini

Kes Adib Tiada Lagi Saksi Dipanggil Selepas Ini

Kes Adib Tiada Lagi Saksi Dipanggil Selepas Ini. Prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup selepas tiada lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Kes Adib Tiada Lagi Saksi Dipanggil Selepas Ini
Kes Adib Tiada Lagi Saksi Dipanggil Selepas Ini

Koroner Rofiah Mohamad hari ini berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada.

“Setelah meneliti keterangan sedia ada, mahkamah tidak akan memanggil saksi lain,” katanya ketika membaca keputusan.

Bagaimanapun, tarikh keputusan inkues masih belum ditetapkan.

Dalam prosiding hari ini, Rofiah turut menjemput pihak berkepentingan untuk mengemukakan hujahan bertulis.

Katanya, hujahan berkenaan perlu dikemukakan sebelum atau pada 21 Ogos depan.

Setakat ini, hanya keluarga Muhammad Adib yang bercadang memasukkan hujahan bertulis.

Prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib berjalan selama 41 hari bermula 11 Februari lalu.

Sepanjang prosiding, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil serta 137 eksibit dikemukakan. -BH Online-

Check Also

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya? Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.