Kes Buang Bayi Di Uitm Dungun - Berita Viral Terkini
Home » Uncategorized » Kes Buang Bayi di UiTM Dungun

Kes Buang Bayi di UiTM Dungun

DUNGUN – Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
   
Beliau berkata pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat seorang bayi.

   

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji,” katanya kepada Bernama.
   
Menurutnya semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
   
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – Bernama

p/s : siapa lah yang buang bayi tak berdosa ni..kat U plak tu

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020  

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

6 comments

  1. ya allah. apa bodoh spa yg buang ni… xmau bgi ja kt orng yg nak ank tpi xdapt2.

  2. Astagfirullah.

    Ya Allah, ampunkanlah dosa2 si pelakunya….Aminn :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.