Home » BERITA » Kes Bunuh Ketua Jururawat Suspek Utama Ditahan

Kes Bunuh Ketua Jururawat Suspek Utama Ditahan

Kes Bunuh Ketua Jururawat Suspek Utama Ditahan. Suspek warga Nigeria, Aliwajuwom Gilbertalowonle, yang diburu bagi membantu kes bunuh jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditahan di Cheras Sentral pada jam 3.30 petang tadi.

Kes Bunuh Ketua Jururawat Suspek Utama Ditahan
Kes Bunuh Ketua Jururawat Suspek Utama Ditahan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan itu sebentar tadi.

Difahamkan, suspek, yang juga dikenali sebagai Juwon, 36, ditahan oleh Polis Kontinjen Selangor dan Polis Daerah Sepang di sebuah cafe di pusat beli-belah Cheras Sentral, Cheras.

Semasa ditahan, pihak polis merampas sebuah telefon bimbit dari suspek bersama kad sim yang digunakan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan maklumat sumber, suspek dikatakan mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.

Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BH-

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.