Home » Uncategorized » Kes Rogol SUKMA 2013, 3 Atlet Mengaku Tidak Bersalah

Kes Rogol SUKMA 2013, 3 Atlet Mengaku Tidak Bersalah

PETALING JAYA –  Tiga atlet bola baling didakwa di tiga Mahkamah Sesyen secara berasingan terhadap tuduhan merogol seorang pegawai tambahan pasukan bola baling Wilayah Persekutuan di perkampungan sukan, Sukan Malaysia (Sukma) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Rabu lalu.

Bagaimanapun kesemua atlet tersebut mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Hakim Abu Bakar Manat dan Hakim Rozina Ayob.

Ketiga-tiga remaja tersebut didakwa merogol wanita berusia 20 tahun di sebuah bilik di Kolej ke-2 UPM, Serdang, antara jam 4 pagi hingga  4.10 pagi, pada 4 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan  yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sabitan.

Mahkamah membebaskan mereka dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan .

Mereka bertiga juga diarahkan melapor diri dibalai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan 20 ogos untuk sebutan semula.

SINAR HARIAN

p/s : ikut nafsu begini la jadi nya nikmat hanya sementara

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

3 comments

  1. pertama kali kes mcm ni jadi pada atlet masa temasya sukan..mcm2

  2. esh esh… ape la nak jadi sekarang ni..

    meow singgah ye. salam ramadhan ^_^

  3. org suh bersukan, die pegi merogol..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.