Home » Uncategorized » Kes Tembak di Kuantan

Kes Tembak di Kuantan

Polis Siasat Sama Ada Kes Tembak Ahli Perniagaan Ada Kaitan Kes Lain

KUANTAN, 28 Ogos (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan kes menyamun kereta dan menembak seorang ahli perniagaan oleh tiga lelaki berdekatan sebuah hotel di Jalan Air Putih awal pagi tadi mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang ahli perniagaan wanita di Jalan Haji Ahmad di sini pada 13 Ogos lepas.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata kes di Jalan Air Putih itu masih dalam siasatan dan keterangan hanya dapat diambil daripada mangsa sebaik sahaja dia sedar daripada pembedahan untuk mengeluarkan peluru di badannya.

“Polis sedang menyiasat sama ada kes yang berlaku awal pagi tadi berkait dengan kes sebelum ini (di Jalan Haji Ahmad).

“Kita akan siasat kes ini dari semua sudut sebaik sahaja keterangan dapat diambil daripada mangsa,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Pada 13 Ogos lepas, seorang pengusaha kedai cermin mata nyaris maut selepas tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya oleh seorang lelaki hanya terkena cermin sisi kenderaannya ketika sedang memandu sendirian di Jalan Haji Ahmad.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Manakala dalam kes yang berlaku awal pagi tadi, mangsa Lee Siew Meng, 42, seorang pembekal kipas angin dari Kuala Terengganu cedera di rusuk kiri selepas ditembak oleh salah seorang dari tiga suspek.

Kes dipercayai bermotif menyamun kenderaan, selepas kereta mangsa dilarikan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jamaluddin berkata polis akan membuat lakaran wajah ketiga-tiga suspek untuk diedarkan kepada orang ramai bagi mengesan suspek.

Check Also

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020. Apakah kesudahan drama Cetera Hati Diya agaknya? …

5 comments

  1. Bilalah kes tembak ni akan selesai ya.

  2. Adeh…
    Makin dkat plak ngan tmpat gue ni..
    Risau btuil.

  3. rasa tak selamat la dok kt kuantan pun kena.wuuuu

  4. macam bermusim plak kt malaysia ni..
    kalau kes tembak, tembakkkkk sokmo
    kalau kes colek, colekkkkk sokmo
    kalau kes bunuh, bunuhhhhh sokmo.. hurmmmm =(

  5. makin berleluasa dah kes tembak ni huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.