slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Kisah Ibu Meninggal Selepas 20 Hari Bersalin - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » Kisah Ibu Meninggal Selepas 20 Hari Bersalin

Kisah Ibu Meninggal Selepas 20 Hari Bersalin

Kisah Ibu Meninggal Selepas 20 Hari Bersalin yang tular di media-media sosial memang mengundang kesedihan kepada semua netizen. Mana tidaknya kematian ibu selepas 20 hari bersalin itu meninggalkan suaminya dan juga 5 orang anak yang masih kecil dan remaja termasuk bayi perempuan yang baru dilahirkan tersebut. Admin ingin berkongsi juga kisah sedih tersebut dengan anda melalui dua laporan berita yang diterbitkan oleh media arus perdana negara iaitu Harian Metro. Jom sama-sama kita ikuti kisah keluarga tersebut. Semoga mereka sekeluarga tabah dengan ujian ini. Mari sama-sama sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah ibu bayi tersebut.

Kisah Ibu Meninggal Selepas 20 Hari Bersalin

Laporan pertama

“SAYA buntu tanpa isteri di sisi,” kata Azrow Othman, 43, yang kehilangan isterinya selepas 19 hari melahirkan anak bongsu mereka yang juga satu-satunya anak perempuan dinantikan sejak empat tahun lalu. BH Online melaporkan, isteri Azrow, Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira 2 pagi tadi, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda.

Pasangan yang tinggal di Taman Soga, Batu Pahat itu mempunyai empat lagi anak lelaki berusia antara 5 hingga 16 tahun. Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu berkata, dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu. “Arwah melahirkan anak bongsu kami menerusi pembedahan, arwah tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.

“Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia pada 2 pagi,” katanya yang gagal menahan sebak. Menurutnya, anak perempuan itu yang dinantikan mereka sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata, mengikut perancangan bapanya, arwah ibu serta adik beradik yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini. “Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, ” katanya.

Laporan kedua : Punca kematian dikenal pasti

KEMATIAN wanita 20 hari selepas melahirkan anak perempuannya di Batu Pahat, Johor, semalam berpunca daripada darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, arwah, Roslina Arifin, 39, yang meninggal dunia kira-kira 2 pagi semalam, mengalami simptom ‘Massive Pulmonary Embolism’.

“Pada 12 Disember lalu arwah dimasukkan ke wad Hospital Pantai dan melahirkan anak perempuan secara pembedahan dan anak kemudian dibenarkan pulang ke rumah dan selamat. “Kelmarin, suaminya, Azrow Othman, 41 menghantar mangsa ke Hospital Pantai kerana mengadu sakit sesak nafas. Mangsa pengsan dalam perjalanan ke Hospital Pantai dan dirawat di Unit Kecemasan hospital itu namun kira-kira satu jam kemudian mangsa disahkan meninggal dunia.

“Daftar kematian atau permit mengubur dan perakuan sebab kematian dikeluarkan oleh pihak Hospital Pantai yang ditandatangani oleh Dr. Ema Juliaty Jamaluddin,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, segala prosedur pengebumian dibuat oleh keluarga arwah dengan pengesahan permit kubur terbabit dan keluarga membuat laporan polis sebaik urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cermai Batu Pahat 12.30 tengah hari semalam selesai.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan kegembiraan suami yang baru sahaja menerima zuriat perempuan bertukar pilu apabila isterinya meninggal dunia, akibat sesak nafas, kira-kira 2 pagi semalam. Azrow Othman, 43, berkata dia tidak menyangka isterinya, Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia selepas melahirkan anak bongsu mereka, Nur Aishy Amanda pada 12 Disember lalu.

Katanya, isterinya yang melahirkan anak perempuannya itu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung. Dalam pada itu, sahabat allahyarham, Amnah Mohamed, 52, berkata, dia mula mengenali arwah sejak suami masing-masing bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Batu Pahat lebih 10 tahun lalu.

Beliau terkilan kerana tidak dapat menziarahi arwah selepas bercadang menyelesaikan dahulu urusan persekolahan yang bermula semalam. “Kami berhubung melalui WhatsApp dan memang sudah berjanji dengan arwah ingin menziarahinya namun dia menasihati supaya saya mendahulukan dahulu urusan persekolahan anak-anak,” katanya yang tinggal di Simpang Lima Parit Sulong. Allahyarham turut meninggalkan empat lagi anak lelaki berusia antara 5-16 tahun.

Check Also

 

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88