Home » BERITA » Kisah Sadis Dari Kedah Member Tipu Di Kuantan

Kisah Sadis Dari Kedah Member Tipu Di Kuantan

Kisah Sadis Dari Kedah Member Tipu Di Kuantan. Kegigihan seorang pemuda menunggang motosikal dari Kedah ke Kuantan untuk bekerja diakhiri dengan kekecewaan apabila diperdaya rakan sendiri. Dia kemudiannya terpaksa menolak motosikal di bawah panas terik matahari akibat kehabisan minyak. Nasib menyebelahi dirinya, sepasang suami isteri yang menaiki lori kebetulan melalui kawasan itu bertindak memberi bantuan.

Kisah Sadis Dari Kedah Member Tipu Di Kuantan

Berikut ialah perkongsian daripada Mumy Aisy yang mendapat 3.7k tanda suka dan lebih 900 komen yang rata-rata meluahkan simpati kepada pemuda tersebut.

Dari Kedah nak cari kawan nak kerja.. Kedah-Kuantan setibanya kawan tipu.. Balik sesat sampai Terengganu.. Allahu.. Minyak motor habis dari Kerteh, tolak tengah panas lit-lit nak balik Kedah entah bila harinya nak sampai..

Bila bertanya, “Takpela taknak menyusahkan.. saya tawakal je”

Suami tak cakap banyak terus ajak angkat masuk lori.. Sembang tanya nak balik Kedah.. Berbekalkan kudrat je tolak motor.. Di jalan Highway LPT yang sunyi tu.. Allahu.. Rupanya duit tak ada, berbekalkan RM 100 nak ke Kuantan bekerja sejak 3 hingga 4 hari lalu..

Terlalu lurus kau dik.. semoga selamat sampai balik.. kami pon tawakal tolong kau dik.. InsyaAllah cukup untuk kau berbuka dan selamat sampai kampung.. -Siakap Keli-

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.