Home » BERITA » Kisah Sebalik Kes Tembak Anggota TUDM

Kisah Sebalik Kes Tembak Anggota TUDM

Kisah Sebalik Kes Tembak Anggota TUDM. Negara kita dikejutkan oleh satu berita kes tembak anggota TUDM yang menyebabkan 4 orang maut dalam kejadian ini.

Kisah Sebalik Kes Tembak Anggota TUDM
Kisah Sebalik Kes Tembak Anggota TUDM

“Jangan lupa sembahyang, ingat Allah setiap masa kerana kita tidak tahu bila masa akan pergi.”

Itu pesanan terakhir arwah mangsa tembak, Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, kepada adiknya

Sharif Mohd Saddam Al-Attas Wan Sabli, 27, sebelum turun bekerja di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan, pagi tadi.

Sharif Mohd Saddam berkata, abangnya itu juga berhasrat untuk pergi memancing bersama-samanya dalam masa terdekat.

“Dia cukup teruja untuk turun memancing kerana baru membeli joran pancing baharu.

“Kami sekeluarga tidak menyangka abang pergi sekelip mata begitu sahaja,” katanya sebak ketika ditemui di perkarangan Unit Kecemasan Pusat Jantung Umum Sarawak, Kota Samarahan hari ini.

Sharif Mohd Saddam berkata, arwah telah berkhidmat bersama TUDM kira-kira 12 tahun dan sebelum ini bertugas di TUDM Kepala Batas, Kedah sebelum berpindah tugas lebih dua tahun di TUDM Kota Samarahan.

“Isterinya baru habis berpantang, anak lelaki berusia dua bulan. Arwah anak kedua daripada tujuh adik-beradik meninggalkan seorang isteri dan tiga anak,” katanya.

Sementara itu, sahabat karib mangsa, Mohd Nadzmir Mohideen, 28, menyifatkan rakannya itu mempunyai nilai persahabatan yang cukup tinggi dalam diri.

“Dia (mangsa) adalah sahabat sejati yang senang didampingi serta punya ramai kawan kerana sikapnya yang peramah, malah mudah membantu rakan lain.

“Saya amat terkejut sebaik menerima berita kematian arwah yang cukup tragis pagi ini,” katanya yang mengenali arwah ketika sama-sama mengikuti kursus TUDM di Perak dan mula rapat ketika berpindah di TUDM Kota Samarahan.

Katanya, ketika bertugas arwah seorang yang cukup berani, mempunyai disiplin yang tinggi dan berani bersuara.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengesahkan dalam kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM itu, empat anggota TUDM mati.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas.

Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum bertindak menembak diri sendiri.

Dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan meninggal ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan jam 9.15 pagi. -BH Online-

Check Also

Semak Online Bantuan Khas Covid 19 (BKC)

Semak Online Bantuan Khas Covid 19 (BKC). Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menyemak sama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.