Home » BERITA » Kisah Sebenar Video Gaduh Di McD Sg Isap

Kisah Sebenar Video Gaduh Di McD Sg Isap

Kisah Sebenar Video Gaduh Di McD Sg Isap yang tular dalam media sosial terutama media sosial yang berkaitan dengan Kuantan. Viral dan telah tular video tersebut di page dan group serta whatapps group. Hingga anda juga yang mengatakan bahawa video tersebut sebenarnya adalah satu adegan untuk penggambaran filem gangster.

Kisah Sebenar Video Gaduh Di McD Sg Isap
Kisah Sebenar Video Gaduh Di McD Sg Isap

Ternyata semua pandangan netizen tidak benar. Mari kita sama-sama baca laporan daripada Metro Online tentang kejadian yang berlaku tersebut.

Seorang penuntut institut pengajian tinggi dibelasah sekumpulan lelaki di perkarangan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan malam tadi.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun dikatakan didatangi beberapa lelaki sebelum menumbuk muka mangsa dan menendangnya.

Difahamkan mangsa yang ketika itu berada bersama beberapa rakannya turut dipukul kumpulan lelaki terbabit sebelum kejadian dileraikan orang ramai.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dikatakan dihubungi bapa saudara bekas tunangnya untuk bertemu di restoran makanan segera berkenaan beberapa jam sebelum kejadian.

Sumber memberitahu, mangsa turut meminta lelaki terbabit membawa bekas tunangnya ke restoran itu sebelum dia diserang sekumpulan lelaki yang menaiki kereta.

Aksi pergaduhan itu turut tular di media sosial Facebook (FB) dipercayai dirakam pelanggan restoran.

Video berdurasi 27 saat itu memaparkan aksi pergaduhan di antara dua kumpulan yang bertumbuk dan menendang di antara satu sama lain.

Motif serta punca pergaduhan masih belum dikenal pasti dan dipercayai masih dalam siasatan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, beberapa suspek yang terbabit dalam kejadian itu sudah ditahan bagi membantu siasatan polis.

[19/06 20:04] Mcd sg isap[19/06 20:07] Bru lg ke[19/06 20:16] Ape punca?? Ye dop?Copypaste

Dikirim oleh Ruhana Sarimi pada Rabu, 19 Juni 2019

Check Also

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.