Komen Saya Tidak Pernah Dapat Like Menjadi Viral
Macam-macam hal sekarang ni. Isu Komen Saya Tidak Pernah Dapat Like Menjadi Viral pun boleh jadi tumpuan manusia di FB.
Ia menjadi lebih boom bila sebuah akhbar tempatan up isu ini di media sosial mereka.
Seperti contoh Harian Metro telah up satu gambar dan captionnya berbunyi begini :
“Komen saya tak pernah dapat like” dikesan menjadi taktik baru pengguna
FB dalam usaha meraih perhatian dan mengumpan simpati pengguna lain
bagi mendapatkan `like’.
Taktik ini semakin popular apabila didapati semakin banyak dicuba oleh pengguna FB.
Contohnya dalam satu post di Page PenMerah, seorang pengguna yang
meletakkan komen sedemikian mendapat hampir 450 like berbanding komen
lain.
Tahukah anda sehingga ke saat ini gambar ini telah di komen oleh lebih 2000 orang dan telah di kongsi oleh hampir 450 orang?
Komen-komen pula biasa lah segala jenis pakar ada bila membuat komen hahaha.