Home » Uncategorized » Komen Wan Azizah Tentang Perlantikan Azmin Ali

Komen Wan Azizah Tentang Perlantikan Azmin Ali

Komen Wan Azizah Tentang Perlantikan Azmin Ali

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.
Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 Adun Selangor dari PKR, DAP dan Pas yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan PR kekal sebagai kerajaan di Selangor.
Saya menghargai kesepakatan 29 Adun Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.
Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor.
Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar Mohamed Azmin diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor.
MPP yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.
Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin.
Saya yakin bahawa PKR telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan.
Walaupun proses pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.
Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden PKR
22 September 2014

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.