Home » BERITA » Kondominium Dalam Pembinaan Runtuh Di KL

Kondominium Dalam Pembinaan Runtuh Di KL

Kondominium Dalam Pembinaan Runtuh Di KL. Sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini, runtuh hari ini.

Kondominium Dalam Pembinaan Runtuh Di KL
Kondominium Dalam Pembinaan Runtuh Di KL

Setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata runtuhan dilapor kira-kira 3 petang.

Sehingga ini belum dipastikan jumlah sebenar mangsa dan sama ada melibatkan kematian.

Hari ini, tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.

Kejadian menggemparkan orang ramai itu berjaya dirakam dan dimuat naik oleh Edge Prop Malaysia menerusi laman Facebooknya yang kini kecoh di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan serpihan bangunan yang runtuh namun setakat ini tidak dapat dipastikan jika terdapat sebarang kecederaan yang menimpa pekerja di kawasan itu.

Dalam pada itu, video yang baharu sahaja dimuat naik kira-kira 5 petang tadi kini tular di Facebook dengan meraih 13,000 tontonan.

Rata-rata netizen terkejut dengan insiden tersebut dan mengharapkan agar penelitian dilakukan kerana didakwa telah dua kali runtuh. -SINAR HARIAN-

Check Also

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja. Rata-rata netizen sepakat mempertahankan tindakan Polis yang menyebat remaja …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.