Home » BERITA » Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk. Pertengkaran tercetus di luar Dewan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan di MiTC di sini hari ini turut melibatkan kekasaran fizikal antara sayap pemuda dan pemerhati.

Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk
Kongres AMK Dicemari Insiden Tumbuk Menumbuk
Gambar oleh Yasmin Ramlan malaysiakini.com

Pergaduhan itu difahamkan terjadi disebabkan pemuda AMK tidak berpuas hati terhadap pemerhati yang memenuhi ruangan dewan sehingga menyebabkan perwakilan tidak dapat mengamati ucapan dasar pada program tersebut.

Difahamkan situasi tegang itu berlaku selepas ahli perwakilan AMK mendesak pemerhati segera balik memberi peluang kepada mereka untuk hadir pada kongres itu.

Berdasarkan video yang dimuat naik Sinar Harian, terdapat aksi jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat selain beberapa orang dilihat mula tolak menolak sesama mereka.

Tidak lama selepas itu, situasi bertukar menjadi ganas di mana beberapa orang telah bertumbuk dan telah menyebabkan seorang sayap pemuda dan pemerhati mengalami kecederaan akibat dibaling batu.

Wartawan dan jurugambar yang berada di tempat kejadian dipaksa menghentikan rakaman pergaduhan tersebut dan seterusnya terdapat seorang jurugambar media ditolak kameranya daripada merekod.

Difahamkan bahawa pihak polis yang berada di tempat kejadian telah melakukan siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Sebuah parti yang lahir di jalan raya, hanya bermatlamat demi memuaskan nafsu seorang pemimpin durjana. Sanggup memungkiri janji dan mengkhianati setiakawan. Itulah PKR.Saya bersangka baik, mungkin AMK tgh buat latihan fire drill untuk peralihan kuasa tahun depan…biasa la kan training awal tak kalut.

Dikirim oleh Nor Azizuddin Abdul Manan pada Kamis, 05 Desember 2019

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.