Home » BERITA » Kronologi Kes Rogol Dan Bunuh Di Penang

Kronologi Kes Rogol Dan Bunuh Di Penang

Kronologi Kes Rogol Dan Bunuh Di Penang. Satu kejadian yang begitu menggemparkan semalam telah terjadi di negara kita. Satu kes pembunuhan dikategorikan sebagai kejam telah berlaku di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Kronologi Kes Rogol Dan Bunuh Di Penang
Kronologi Kes Rogol Dan Bunuh Di Penang

Secara ringkasnya kes tersebut kronologinya adalah begini :-

  1. Seorang kerani wanita berusia 40 tahun ditemui maut dirumahnya dipercayai dirogol dan diliwat sebelum mayatnya ditemui disembunyikan di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju
  2. Susoek ceroboh masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang rumah mangsa
  3. Suspek yang melihat mangsa sedang tidur di atas katil dikatakan bertindak merogol dan meliwat mangsa
  4. Mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan
  5. Suspek kemudiannya mendapati mangsa tidak bergerak dan sudah tidak bernyawa bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil di bilik ditingkat bawah rumah berkenaan

Suspek rogol dan bunuh seorang kerani wanita pada Sabtu dibawa ke lokasi kejadian di sebuah taman perumahan di Nibong Tebal, tengah hari tadi.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Suprintendan Lee Chong Chern berkata suspek yang ditahan semalam dibawa ke rumah mangsa sebelum beredar kira kira jam 1.40 tengah hari tadi.Katanya, tindakan membawa suspek ke lokasi berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.

Sepasukan polis forensik negeri juga berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.Suspek berusia 29 tahun diiringi dua anggota selain tangan digari dan memakai baju lokap dan penutup muka. -Awani-

Check Also

Semak Online Bantuan Khas Covid 19 (BKC)

Semak Online Bantuan Khas Covid 19 (BKC). Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menyemak sama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.