Home » BERITA » Kronologi Penuh Kes Bunuh Ketua Jururawat

Kronologi Penuh Kes Bunuh Ketua Jururawat

Kronologi Penuh Kes Bunuh Ketua Jururawat. Seperti yang semua sedia maklum misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab semalam apabila polis mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai di Cyberjaya adalah Siti Kharina Mohd Kamarudin. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah.

Kronologi Penuh Kes Bunuh Ketua Jururawat
Kronologi Penuh Kes Bunuh Ketua Jururawat

Kronologi penuh adalah seperti berikut:-

8 Mei

  • Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, dilaporkan hilang.

12 Mei

  • Pihak Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lalu.
  • Mangsa dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.
  • Pengarah Hospital Serdang, Dr Rohana Johan mengesahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas.

13 Mei

  • Polis menjalankan inkuiri berhubung kehilangan Siti Kharina dan mengklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang.

14 Mei

  • Keluarga Siti Kharina meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat palsu kononnya Ketua Jururawat itu sudah ditemui.

15 Mei

  • Mayat dipercayai Siti Kharina ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya
  • Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria bagi membantu siasatan.

16 Mei

  • Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan mayat wanita ditemui di Cyberjaya adalah Siti Kharina.

SUMBER

Check Also

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati. Seekor Harimau Malaya yang gemparkan negara ketika ditemui jinak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.