Home » BERITA » Kronologi Penuh kes pembunuhan Zulfarhan Osman

Kronologi Penuh kes pembunuhan Zulfarhan Osman

Kronologi Penuh kes pembunuhan Zulfarhan Osman penuntut UPNM yang menggemparkan negara kita sebelum ini. Seperti yang semua rakyat Malaysia tahu bahawa 31 Julai 2019 hakim mahkamah telah mengarahkan 18 tertuduh untuk membela diri.

Mahkamah juga turut membebaskan seorang penuntut dari tuduhan membunuh iaitu Muhammad Akmal Akif Alias. Keputusan ini membuatkan beliau menyatakan hasrat untuk menyambung semula pengajiannya yang tertangguh.

Kita lihat semula kronologi kes bunuh Zulfarhan ini. Anda boleh lihat kronologi kes di bawah ini menerusi infografik daripada Vocket

Kronologi kes pembunuhan Zulfarhan Osman
Kronologi kes pembunuhan Zulfarhan Osman

Kesempatan ini mari kita sama-sama sedekah Al-Fatihah buat arwah Zulfarhan. Lagi tentang Kronologi Penuh kes pembunuhan Zulfarhan Osman

Sujud syukur, diiringi tangisan kegembiraan.

Itu reaksi spontan Zulkarnain Idros, bapa kepada Zulfarhan Osman sebaik keluar dari kamar mahkamah.

Ia susulan keputusan Hakim Datuk Azman Abdullah yang mengarahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membela diri atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan anaknya.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan supaya arwah dapat pembelaan,” kata Zulkarnain.

Ibu Zulfarhan, Hawa Osman, menyifatkan keputusan mahkamah sebagai satu jawapan untuk doanya yang mahukan balasan setimpal diberikan kepada pesalah.

“Sudah dua tahun berlalu, namun pemergian arwah masih dirasai. Setiap malam, macam terngiang-ngiang suaranya.

“Lagi terasa semasa sambutan hari raya. Saya takkan lupakan arwah,” ujarnya sebak.

Kedua-dua mereka hadir ditemani ahli keluarga yang lain dengan memakai baju T tertera tulisan “Justice For Farhan” dan “Say No to Bully.”

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.