Home » INFORMASI » Kucing Pallas Kucing Yang Jarang Ditemui

Kucing Pallas Kucing Yang Jarang Ditemui

Kucing Pallas Kucing Yang Jarang Ditemui. Pastinya kita jarang sekali mendengar nama kucing ini bukan. Tapi jika dilihat kepada gambar kucing pallas ini semestinya kucing ini sangat comel walaupun mukanya nampak garang.

Kucing Pallas Kucing Yang Jarang Ditemui
Kucing Pallas Kucing Yang Jarang Ditemukan

Kucing Pallas atau nama saintifiknya Otocolobus manul merupakan antara kucing yang tersangat jarang ditemui. Nama kucing ini diambil sempena nama Peter Pallas yang juga merupakan seorang pakar tumbuhan dan hidupan dari Jerman.

Selain itu, kucing ini juga digelar sebagai Manul, diambil dari perkataan Mongolia. Nampak besar dan berat tapi sebenarnya kucing ni beratnya seperti kucing biasa. Nampak macam tu disebabkan oleh bulunya yang tebal.

Otocolobus manul mempunyai anak mata yang kecil dan bulat berbanding kucing lain yang mempunyai anak mata memanjang. Bulunya yang tebal membantu kucing ini hidup dikawasan bersalji dan boleh berubah mengikut musim.

Dijumpai pada ketinggian melebihi 4000 meter aras laut terutama dikawasan Asia Tengah, malah kajian mendapati kucing ini dijumpai di negara Pakistan, Nepal, India dan juga barat China. -SUMBER-

Check Also

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester. Menjadi cemerlang adalah impian setiap pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.