Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih. Pekan nama kucing kepada aktres Rita Rudaini. Mengikut perkongsian menerusi instagram beliau, kucing peliharaan kesayangan beliau tersebut hilang sejak 2 Januari 2019 yang lalu.
Terlalu sedih dengan kehilangan kucing kesayangannya, Pekan, Rita akui menangis dan tidak lalu makan memikirkan nasib yang menimpa haiwan tersebut.
“Hati hancur… Sedih yang amat sangat… Dari semalam nangis, makan pun tak… Kucing macam anak sendiri…
“Mommy dapat berita pekan hilang 2hb Jan dikawasan Bandar Sunway Semenyih… ALLAH je yang tau hati mommy hancur, kecewa, sedih, lembik…. Tiada yang boleh ganti Pekan…
“Benda bernyawa… Bukan macam hilang pencil boleh ganti… Setiap pagi dah tak ada dengar ketukan pintu dari pekan… Dah tak ada nak tunggu mommy depan pintu…
“Pekan adalah yang paling manja. Mommy yang sambut dia lahir… Tah apalah nasib dia sekarang, makan ke, minum ke…
“Pekan tak pernah keluar rumah, tak pernah jejak tanah. Mommy tatang macam minyak yang penuh. Sayang macam anak sendiri… Dukung macam anak… Luluh hati Allahuakbar… Malam tadi mommy tak boleh tidur fikir Pekan… Selamatkan dia YA ALLAH… Siapa terjumpa tolong pulangkan,” tulisnya.
Jadi kepada sesiapa yang mengetahui atau terjumpa dengan Pekan kucing Rita Rudaini ini boleh lah terus menghubungi Rita. Untuk mendapatkan pelbagai perkongsian menarik anda perlu KLIK SINI
Rita Rudiani ada memuat naik kenyataan di IG.
Mintak tolong sgt penduduk bandar baru semenyih..Pekan baru 1hari di pinjam utk matting di rumah bandar baru semenyih..dan sy di beri tahu pekan hilang..mintak jasa baik sesiapa yg ternampak,terambil,pulangkan balik pd sy..DM sy…hanya yg btul2 syg n pecinta kucing je tau perasaan sy..kucing spt anak n family sendiri…klau anda hilang anak,org nak ganti dgn ank lain,adakah ia logik or sama mcm ank kita sendiri? Hanya yg syg kucing je tau…DM sy….Benda ni amat sensitif pd sy dan anak2…..sy sgt kecewa dan teramat sedih…dah 2 mlm sy dan sahabat sy dtg jauh ke semenyih utk cari pekan…mlm td sampai pukul 3pg kami mencari..xkira penat..sy demam pon gagah mencari anak sy yg di katakan hilang…pd kwn2 sy yg ikut sy dah 2 mlm,tkasih yg xterhingga? …sy akan trus lg mencari Pekan ? solat hajat,doa merayau kawasan umah org smpi 3-4pg sy buat..segala tips sy ikut…