Home » INFORMASI » KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara

KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara

KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara akibat daripada virus COVID-19. JOm sama-sama kita baca pengumuman rasmi yang dibuat oleh KWSP menerusi laman facebook rasmi mereka.

KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara
KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara

Pengumuman Penting:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dimaklumkan bahawa seorang ahli KWSP telah disahkan positif COVID-19 dan diwadkan untuk rawatan lanjut.

Ahli tersebut telah berurusan di cawangan KWSP Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut pada 27 Februari 2020 (2.00 – 2.30 petang) dan disahkan positif pada 3 Mac 2020. Namun, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli tersebut telah dijangkiti COVID-19 sebelum beliau berurusan di cawangan KWSP.

Kami telah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli tersebut dan telah menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan. Pegawai-pegawai lain dari cawangan tersebut juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjutan.

Langkah proaktif telah diambil dengan menutup cawangan tersebut sehingga 13 Mac 2020 (Jumaat) untuk menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang cawangan dan kawasan persekitaran. Cawangan KWSP ini akan beroperasi semula pada 16 Mac 2020 (Isnin).

Untuk makluman ahli, KWSP juga telah menjalankan langkah-langkah awal pencegahan sejak Februari 2020 untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada COVID-19. Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari. Pegawai kaunter juga diperlukan untuk membersihkan tangan mereka setiap 30 minit. Pelawat-pelawat juga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP.

Sementara itu, kaunter-kaunter KWSP di lokasi lain akan beroperasi seperti biasa. Namun, ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP. Ahli juga dinasihatkan untuk mengunjungi penyedia perkhidmatan kesihatan yang terdekat sekiranya mempunyai simptom-simptom yang berkaitan, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan memakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian sebelum berurusan di kaunter.

KWSP juga ingin meyakinkan semua anggota, ahli dan majikan bahawa kami sentiasa memantau perkembangan terkini COVID-19 dan akan melaksanakan sebarang langkah-langkah pencegahan yang diperlukan. Sebarang kesulitan yang dialami sewaktu pelaksanaan langkah-langkah ini adalah amat dikesali dan kami akan memaklumkan tentang situasi terkini dari semasa ke semasa. -SUMBER-

Check Also

myPortfolio PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PENGENALAN Tujuan Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.