Home » BERITA » KWSP Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial

KWSP Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial

KWSP Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial. Berikut adalah kenyataan maaf daripada pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) setelah berita seorang pesakit kanser yang terpaksa datang ke pejabat KWSP walaupun sakit dan terlantar di atas katil.

KWSP Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial
KWSP Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru.

KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.

Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut. Ini bukan sahaja bertujuan membantu kes ahli tersebut, malah kami akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami.

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku. Di sini juga ingin kami menegaskan bahawa pihak KWSP sentiasa mengambil berat terhadap aduan atau maklum balas daripada ahli mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Sebelum ini telah tular di media sosial facebook seorang rakyat yang berurusan dengan KWSP tetapi mendapat layanan yang tidak sepatutnya daripada staff KWSP tersebut keluarga pencarum terpaksa menyewa ambulans dan mengusung pesakit kanser tahap empat ke kaunter untuk mendapatkan cap jari bagi mengeluarkan wang berjumlah kurang daripada RM10,000.

Adik wanita itu, Nur Sheila Abdullah yang berkongsi kejadian itu di media sosial berkata, keluarga terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sejak sembilan bulan lalu untuk mengeluarkan baki wang caruman di KWSP bagi tujuan kos rawatan serta ubat.

“Sebelum ini, saya dan abang membuat pertanyaan di kaunter KWSP dan kami meminta jasa baik pegawai membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cap jari secara manual dan pengesahan diri pencarum. Kami merayu kerana kakak seorang pesakit kanser yang terlantar dan ingin mengeluarkan wang caruman yang mana bakinya kurang RM10,000.

“Bagaimanapun mereka berkata pencarum wajib hadir ke pejabat untuk pengesahan cap jari menggunakan mesin di situ. Mereka menyatakan tidak kisah mahu datang menggunakan ambulans atau pengusung (stretcher). Janji datang ke pejabat,” katanya.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa akur namun pemerhatian mendapati Pejabat KWSP Johor Bahru tidak menyediakan kemudahan seperti parkir ambulans atau pesakit hilang upaya sebaliknya yang ada hanya ada untuk orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila pengawal keselamatan mengarahkan ambulans ke belakang bangunan dengan alasan tidak mahu mengganggu bahagian depan.

“Akhir sekali seorang pegawai datang menguruskan ambulans dan mengarahkan pembantu perubatan menolak pengusung masuk ke kaunter. Saya sedih melihat kakak yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya terus menjadi tontonan orang ramai di situ,” katanya.

Dia berkata, keluarganya terkilan apabila seorang pegawai memberitahu sebenarnya boleh menggunakan cap jari manual namun prosesnya agak lambat.

“Kenapalah tak beritahu ketika kami membuat pertanyaan, kami tak kisah pun lambat janji kakak tidak perlu ke sana.

“Keselamatan juga penting, bayangkan kalau yang datang ini pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit tidakkah ia membahayakan anda semua,” katanya. -Metro Online-

Check Also

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.