Home » Uncategorized » LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PEMANDUAN DALAM KEADAAN JEREBU

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PEMANDUAN DALAM KEADAAN JEREBU

 

Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan yang harus
dipraktikan oleh semua pengguna jalan raya ketika memandu/menunggang
kenderaan dalam keadaan jerebu.

1. Pastikan semua tingkap kenderaan ditutup dan gunakan penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod “putaran udara dalaman”.

2. Buka lampu kenderaan untuk mencerahkan lagi penglihatan semasa
memandu. Elakkan daripada menggunakan lampu kecemasan (hazard light)
kerana ia boleh mengelirukan pemandu yang lain. Lampu kecemasan hanya
digunakan apabila kenderaan berhenti di tepi jalan semasa berlaku
kecemasan.


3. Pemandu harus mengekalkan jarak pemanduan yang
selamat di antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang
mencukupi untuk berhenti sekiranya berlaku situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan merokok ketika berada di dalam kenderaan.

5. Pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang berwarna
cerah bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain dapat melihat anda
dan memakai penutup muka.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.