Home » BERITA » Lantikan Rania Zara Medina AJK CCM Ikut Prosedur

Lantikan Rania Zara Medina AJK CCM Ikut Prosedur

Lantikan Rania Zara Medina AJK CCM Ikut Prosedur. Pelantikan Ratu Trans Women 2017, Rania Zara Medina sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan bagi penggal 2019-2021, mengikut prosedur sedia ada, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Lantikan Rania Zara Medina AJK CCM Ikut Prosedur
Lantikan Rania Zara Medina AJK CCM Ikut Prosedur

Beliau yang juga pengerusi CCM berkata, sebagai keperluan Global Fund, ahli CCM terdiri daripada 25 individu yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.

Katanya, populasi sasar itu, termasuk transgender, seks lelaki bersama lelaki (men-sex-with-men), pekerja seks wanita, penagih dadah dan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (PLHIV).

“Wakil komuniti populasi sasar dipilih dalam kalangan populasi berkenaan dan disahkan melalui surat lantikan oleh Pengerusi CCM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.

Dr Lee berkata, pengerusi pertama CCM ialah Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, diikuti Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya, fungsi utama CCM adalah merangkumi permohonan peruntukan di bawah Global Fund, pemantauan serta memberi sokongan teknikal bagi pelaksanaan projek yang mana Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak sebagai koordinator dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan.

Selain itu, katanya, fungsi CCM adalah bagi mengawal HIV/AIDS sejajar dengan Pelan Strategik Nasional dalam menangani wabak itu di negara ini. – Metro Online –

Check Also

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa di mahkamah. Betul lah kata orang-orang tua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.