Home » PERNIAGAAN » Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam – NGO

Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam – NGO

Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam – NGO. Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) menggesa kerajaan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bukan beragama Islam.

Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam - NGO
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam – NGO

Presidennya, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna dengan status halal sesuatu produk.

Menurutnya, gesaan terbabit adalah antara resolusi yang dicapai MCED melalui perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dalam industri termasuk usahawan.

“Kami berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan dan kami menggesa mereka untuk bertindak kerana ia didapati pernah disalah gunakan.

“Ia seolah-olah tulisan jawi itu digunakan untuk mensucikan kandungan yang tidak halal dan ini amat mengelirukan pengguna,” katanya kepada media pada program ‘Local Marketer Conference’ di Shah Alam, hari ini.

Program yang menghimpunkan seramai 120 usahawan itu diadakan bertujuan menyatukan sebanyak mungkin pasar mini dan pasar raya besar seluruh negara serta menghubungkan secara langsung usahawan yang mempunyai produk kepada platform ini tanpa melalui orang tengah.

Beliau berkata, MCED selaku badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa bergerak bagi membantu usahawan dan menjadi pemangkin antara usahawan dan agensi kerajaan. -Metro Online-

Check Also

Ringgit Malaysia Turun Berbanding Dollar Amerika

Ringgit Malaysia Turun Berbanding Dollar Amerika

Ringgit Malaysia Turun Berbanding Dollar Amerika. Ringgit meneruskan aliran harga menurunkan berbanding dolar Amerika Syarikat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.